Wikipedia:Polisi lanjutan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistaire (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Perubahan nama; ''Wikipedia Melayu'' ke ''Wikipedia bahasa Melayu'', dan "Wikipedia Inggeris" kepada "Wikipedia bahasa Inggeris" lebih tepat, selaras dengan norma dan nilai praktis komuniti Wikipedia versi ini. Tiada perubahan maksud polisi dibuat.
Baris 4:
----
 
''NOTA: Oleh sebab sifat istimewa yang ada pada polisi ini, sebahagian daripadanya turut mempunyai versi bahasa Inggeris. Untuk versi bahasa Inggeris, sila lihat di [[Wikipedia:Polisi lanjutan#English|bawah]]
 
==Bahasa Melayu==
Baris 10:
===Pengenalan masalah===
 
Polisi dan garis panduan merupakan tulang belakang kepada pentadbiran dan pergerakan Wikipedia bahasa Melayu yang berkesan dan cekap. Tanpa peraturan yang jelas mengenai cara dan amalan di Wikipedia bahasa Melayu yang diberikan melalui polisi dan garis panduan, sudah tentu akan wujudnya keadaan huru-hara yang akan menjejaskan kepentingan semua pengguna dan seterusnya melumpuhkan Wikipedia bahasa Melayu itu sendiri.
 
Akan tetapi, meskipun Wikipedia bahasa Melayu telahpun mempunyai [[Wikipedia:Polisi dan garis panduan|polisi dan garis panduannya yang tersendiri]] sebagai rujukan, apakah perkara yang wajar ataupun tidak di Wikipedia ini yang sentiasa dicadang, diolah, digubal atau dimansuhkan oleh semua pengguna di [[Wikipedia:Kedai Kopi|Kedai Kopi]] dengan undian selaras dengan prinsip demokrasi, ia masih tidak cukup bagi menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah jenis terbaru yang muncul pada setiap masa. Umumnya semua mengetahui bahawa Wikipedia bahasa Melayu sebagai satu laman web di Internet tertakluk kepada semua permasalahan Internet, sama ada ia umum atau khusus kepada Wikipedia, dan beginilah juga keadaannya pada Wikipedia versi bahasa-bahasa yang lainnya juga. Wikipedia versi bahasa Inggeris pula, sebagai satu portal yang besar dan dinamik, sentiasa membalas cabaran terbaru dengan polisi atau garis panduan yang baru dalam masa yang singkat atau pantas. Wikipedia versi bahasa Melayu pula masih belum mampu mencapai tahap kedinamikan ini. Misalnya, apakah polisi dan garis panduan yang akan beraplikasi kepada pengguna "''sockpuppet''" di portal ini sedangkan polisi atau garis panduan mengenainya belum wujud? Sedangkan Wikipedia versi bahasa Inggeris telah pun mempunyai satu garis panduan bagi masalah ini bertajuk ''[[:en:Wikipedia:Sockpuppetry|Sockpuppetry]]'', tiada garis panduan yang sama di portal bahasa Melayu, dan ini mewujudkan masalah apabila satu kes ''sockpuppetry'' muncul. Terjemahan garis panduan itu pula mengambil masa di samping mewujudkan masalah terjemahan kerana bahasa Melayu sendiri pun masih tidak mempunyai satu perkataan yang diketahui untuk perkataan bahasa Inggeris ''sockpuppetry''. Ini merupakan hanya satu contoh keadaan daripada kekurangan banyak lagi polisi dan garis panduan yang Wikipedia bahasa Melayu hadapi dan, kalau terbiar tampatanpa satu rangka kerja untuk menyelesaikannya, mungkin melumpuhkan. Dalam istilah undang-undang, keadaan ini disebut ketiadaan undang-undang tempatan bagi satu keadaan, ataupun ''lacuna''.
 
Di samping ini, satu lagi masalah yang wujud adalah dengan penubuhan [[Wikipedia:Kedutaan|kedutaan]], sudah tentu Wikipedia versi bahasa Melayu bakal mendapat banyak kunjungan daripada Wikipedia yang lainnya, dan keperluan polisi dan garis panduan di kedutaan untuk meregulasi peraturan yang beraplikasi di sana. Adalah tidak adil kepada mereka untuk menanggapmenganggap polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Melayu berkuatkuasa ke atas mereka, kerana sebagai pengunjung asing, kebanyakkannya tidak memahami bahasa Melayu.
 
===Huraian peyelesaian dan polisi===
 
Dengan tujuan menyelesaikan dua masalah yang terhurai di atas, polisi ini diwujudkan untuk melanjutkan bidang kuasa [[:en:Wikipedia:Policies and guidelines|Polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris]] untuk diaplikasikan di Wikipedia bahasa Melayu;
 
#Apabila (dan '''hanya''' apabila) ''tiadanya'' kewujudan polisi atau garis panduan tempatan bagi sesuatu kes atau keadaan di Wikipedia bahasa Melayu itu sendiri, ataupun apabila polisi dan garis panduan bagi perkara berkenaan meskipun wujud, ''kurang lengkap'' bagi pengaplikasian. Dalam keadaan kedua ini, polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris yang berkaitan akan bertindak sebagai pelengkap panduan polisi yang telah wujud di Wikipedia bahasa Melayu. Contoh polisi dan garis panduan yang mungkin beraplikasi melalui kaedah ini adalah polisi berkenaan ''[[:en:Wikipedia:Sockpuppetry|Sockpuppetry]]'' itu sendiri. Satu lagi contoh adalah [[:en:Wikipedia:Wheel war|Wikipedia:Wheel war]].
#Sebagai mempermudah keadaan di [[Wikipedia:Kedutaan]]. Dalam situasi ini, polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris menggantikan terus polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan oleh tetamu. Polisi dan garis panduan yang beraplikasi melalui cara ini adalah '''yang berkenaan laman perbincangan sahaja'''. Sebagai contoh, polisi bahasa Inggeris [[:en:Wikipedia:No personal attacks|Wikipedia:No personal attacks]] bertindak sebagai ganti kepada polisi tempatan iaitu [[Wikipedia:Jangan mencemuh secara peribadi]], suatu polisi supaya para pengunjung luar dapat mengetahui, dalam bahasa yang mereka fahami, akan larangan mencemuh secara peribadi.
 
Dengan ini, [[:en:Wikipedia:Policies and guidelines|Polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris]] yang berkaitan akan berkuatkuasa ''melalui'' kebenaran serta penghadan yang diberi oleh polisi ini. Polisi ini boleh dipetik sebagai '''Polisi lanjutan bidang kuasa polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris''' atau secara ringkasnya '''Polisi lanjutan'''.
 
===Pengecualian===
 
Adalah diiktiraf bahawa polisi dan garis panduan bahasa Inggeris, sebagai polisi dan garis panduan asing, tidaklah boleh beraplikasi dalam sifatnya yang tulen atau secara mutlak, dan masih tertahluktertakluk kepada had-had yang ditentukan situasi tempatan, antaranya adalah;
 
#'''Yang tidak berkaitan -''' Polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris yang tidak berkaitan tiada kesan pengaplikasian. Sebagai contoh, [[:en:Wikipedia:Arbitration Committee|Mahkamah Timbangtara]] (''Arbitration Committee'' atau "''ArbCom''") dan semua keputusannya tidak beraplikasi di Wikipedia bahasa Melayu kerana Wikipedia bahasa Melayu tidak mempunyai mahkamah timbangtara. Walau bagaimanapun, penyelia tempatan masih boleh merujuk kepada keputusan mahkamah timbangtara di sana sebagai panduan.
#'''Yang lapuk kerana polisi atau garis panduan tempatan sudah ada dan cukup jelas -''' Di mana polisi atau garis panduan mengenai sesuatu perkara telah pun wujud dan cukup jelas serta spesifik, pengaplikasian polisi atau garisan panduan tidak perlu dan adalah '''dilarang'''. Misalnya dengan adanya [[Wikipedia:Pandangan berkecuali]], polisi ''[[:en:WP:NPOV|Neutral point of view]]'' tidak diperlukan.
#'''Yang berkonflik dengan polisi atau garis panduan tempatan, atau yang melanggar adat resam tempatan -''' Apabila suatu polisi atau garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris berkonflik dengan polisi atau garisangaris panduan sedia ada, atau berlanggaran dengan adat resam tempatan Wikipedia bahasa Melayu iaitu adat [[Melayu]] dan ajaran [[Islam]], secara langsung ia tidak akan mempunyai apa-apa kesan penguatkuasaan di Wikipedia bahasa Melayu. Satu contoh garis panduan sebegini adalah [[:en:Wikipedia:Ignore all rules|polisiPolisi jangan menghirau peraturan]] yang telahpun dihapuskan versi bahasa Melayunya. Satu lagi contoh adalah [[:en:Wikipedia:Manual of Style (Islam-related articles)|manual gaya penulisan rencana berkaitan Islam]] yang jelas melanggar adat resam masyarakat Melayu menghormati agama serta ajaran Islam. Penguatkuasaan polisi sebegini di Wikipedia bahasa Melayu adalah '''dilarang'''.
#'''Yang dikenalpasti pengaplikasiannya tidak dikehendaki komuniti tempatan -''' Jika komuniti Wikipedia bahasa Melayu menyetujui bahawa sesuatu polisi atau garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris tidak sesuai atau tidak dikehendaki, mereka secara proses undian boleh mengistiharkan polisi/garis panduan berkenaan sebagai '''batal''' di Wikipedia bahasa Melayu. Sebarang pembatalan boleh dicadang dan diundi di [[Wikipedia:Kedai Kopi|Kedai Kopi]]. Jika undian berkenaan lulus, polisi berkenaan akan disahkan batal dan disenaraikan di sini untuk rujukan.
 
====Senarai polisi dan garis panduan versi Inggeris terbatal====
 
: [[:en:Wikipedia:Ignore all rules|Wikipedia:Jangan hirau peraturan]]
Baris 40:
===Penguatkuasaan===
 
[[Wikipedia:Penyelia|Penyelia Wikipedia tempatan]] akan bertindak mengikut kehendak komuniti tempatan dalam penguatkuasaan. Bidang kuasa lanjutan hanyalah pada polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris, '''bukan penyelianya'''. Penguatkuasaan oleh penyelia bahasa Inggeris adalah '''dilarang'''. Penyelia atau sebarang pengguna asing hanya boleh memaklumkan akan sebarang langgaran, tetapi tindakan adalah hak mutlak komuniti Wikipedia bahasa Melayu.
 
==English==