Puting beliung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 12:
{{Weather nav}}
Puting beliung boleh berlaku hasil aktiviti di dalam awan [[kumulonimbus]] yang besar semasa [[ribut petir]] dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama [[taufan]]. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.
 
== Senarai peristiwa puting beliung terdahsyat yang pernah di rekodkan di dunia ==
# Puting beliung Natchez (7 Mei 1840) - Fenomena berlaku meliputi daerah [[Concordia]], [[Parish]], [[Louisiana]], [[Adams County]] dan [[Mississippi]], [[Amerika Syarikat]]. Sebahagian kematian jiwa direkodkan berlaku di [[Sungai Mississippi]]. Walaupun angka kematian rasmi seramai 269 orang, namun pihak penyelamat mengganggar jumlah kematian jauh lebih tinggi.
# Puting beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya 137 orang. Bandar [[St. Louis]], [[Amerika Syarikat]] dilaporkan terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital, kerata api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.
# Puting beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15, 000 kediaman di wilayah [[Illinois]], [[Indiana]] dan [[Missouri]], [[Amerika Syarikat]].
# Puting beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ianya berlaku dekat Coffeeville, daerah [[Yalobusha]], [[Amerika Syarikat]]. Dalam kes ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.
# Puting beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar [[Gainesville]], [[Georgia]]. Sebanyak 750 buah rumah hancur dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka disana.
# Puting beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar [[Joplin]], [[Missouri]], [[Amerika Syarikat]]. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh dari jangkaan pakar.<ref>Badaian maut puting beliung, Mazlina Abdul Majid, [[Kosmo]], Jumaat 3 Jun 2011. Halaman 22-23.</ref>
 
== Kemusnahan dan lokasi berlakunya puting beliung ==