Perbezaan antara semakan "Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah"

tiada ringkasan suntingan
{{wikikan}}
{{tiada rujukan}}
 
{| class="infobox" style="width: 23em; font-size: 90%;"
|+ style="font-size: larger;" | '''Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)'''
<tr><td colspan="2" style="text-align: center; padding: 16px 0 16px 0;">[[Image:Emblem of the ICRC.svg|centre|200px]]</td></tr>
|-
! style="text-align:right;" | Jenis
| [[Organisasi]] [[kemanusiaan]] [[persendirian]]
|-
! style="text-align:right;" | Ditubuhkan
| 1863
|-
! style="text-align:right;" | Lokasi
| [[Geneva]], [[Switzerland]]
|-
! style="text-align:right;" | Ketua
| Jakob Kellenberger, President<br>Yves Daccord, Ketua Pengarah
|-
! style="text-align:right;" | Lapangan
| [[Kemanusiaan]]
|-
! style="text-align:right;" | Fungsi
| Perlindungan [[mangsa perang]], [[pelarian]], dan [[banduan]].
|-
! style="text-align:right;" | Belanjawan
| Swiss franc|CHF 1156 juta (2010)<ref>{{cite web |url=http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/htmlall/section_finances_and_budget |title=ICRC Financing and budget}}</ref><br>173 m for headquarters<br>983.2 m for field operations
|-
! style="text-align:right;" | Kakitangan
| Lebih 1,400 dalam operasi lapangan dan 11,000 pekerja tempatan <ref>{{cite web |url=http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/htmlall/jobs |title=ICRC The ICRC and its human resources}}</ref>
|-jjj
! style="text-align:right;" | Laman web
| [http://www.icrc.org www.icrc.org]
|}
 
'''Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah''' (ICRC) adalah institusi kemanusiaan persendirian yang bertapak di Geneva, Switzerland. Negara-negara yang menandatangani keempat-empat Konvensyen Geneva bertahun 1949 dan juga Protokol-protokol Tambahan berkaitan tahun 1977 dan 2005, telah memberi mandat kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa serta dalam negeri. Mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam serta mangsa lain yang tidak turut berperang.
*Pengenalan lambang perlindungan umum yang tersendiri untuk kakitangan perubatan di medan perang, yakni gelang lengan putih bercorak palang merah.
 
Setahun kemudian, kerajaan Switzerland mempelawa kerajaan-kerajaan kesemua negara Eropah, serta Amerika Syarikat, Brazil, dan Mexico, untuk menghadiri suatu persidangan diplomatik rasmi. Sebanyak enam belas buah negara telah menghantar seramai dua puluh enam orang perwakilan ke Geneva. Pada 22 haribulan Ogos, 1864, persidangan tersebut telah menerima pakai Konvensyen Geneva pertama "for the Amelioration of the Condition of the Wounded in Armies in the Field" (demi Memperbaiki Keadaan Orang Cedera dalam Angkatan Tentera di Medan Perang). Konvensyen tersebut mengandungi sepuluh perkara, yang telah menetapkan buat pertama kalinya rukun-rukun yang sah di sisi undang-undang yang menjamin keberkecualian dan perlindungan bagi askar-askar yang cedera, kakitangan perubatan di medan perang, dan institusi-institusi kemanusiaan yang khusus di dalam konflik bersenjata. Tambahan lagi, konvensyen tersebut telah mentakrifkan dua keperluan khusus bagi pengiktirafan persatuan bantuan kebangsaan oleh Jawatankuasa Antarabangsa:
 
*Persatuan kebangsaan tersebut perlu diiktiraf oleh kerajaan kebangsaannya sendiri sebagai persatuan bantuan mengikut konvensyen tersebut, dan
 
Pada tahun 1906, Konvensyen Geneva 1864 telah disemak semula bagi kali pertama. Setahun kemudian, Konvensyen Hague X, yang telah diterima pakai di Persidangan Damai Antarabangsa Kedua di Hague, telah melanjutkan bidang kuasa Konvensyen Geneva kepada peperangan laut. Sejurus sebelum bermulanya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, dan 50 tahun selepas penubuhan ICRC dan penerimapakaian Konvensyen Geneva pertama, sudah terdapat 45 buah persatuan bantuan kebangsaan di seluruh dunia. Pergerakan tersebut telah memperluaskan dirinya ke luar Eropah dan Amerika Utara ke Amerika Tengah dan Selatan, Asia dan Afrika.
 
 
===Perang Dunia I===
 
Seawal tahun 1934, suatu rangka cadangan untuk konvensyen tambahan bagi perlindungan penduduk awam ketika konflik bersenjata telah diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa Palang Merah. Malangnya, kebanyakan kerajaan tidak berminat untuk melaksanakan konvensyen ini, dan justeru itu ianya dihalang daripada mula berkuatkuasa sebelum permulaan Perang Dunia II.
 
 
===Perang Dunia II===
 
Pada tahun 1944, ICRC menerima Hadiah Nobel Keamanannya yang kedua. Sama seperti masa Perang Dunia I, ia menerima satu-satunya Hadiah Keamanan yang dianugerahkan semasa tempoh utama peperangan, iaitu 1939 hingga 1945. Pada akhir peperangan, ICRC bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah untuk menguruskan bantuan pertolongan kepada negara-negara yang paling terjejas.
 
 
===Selepas Perang Dunia Kedua===
 
ICRC meneruskan kegiatan-kegiatannya di sepanjang dekad 1990-an. Ia telah memecahkan kesenyapan medianya yang lazim apabila ia mengecam Pembunuhan Kaum di Rwanda pada tahun 1994. Ia berhempas pulas untuk menghalang jenayah-jenayah yang berlaku di dalam dan di sekitar Srebrenica pada tahun 1995 tetapi mengakui: “Kami perlu mengiktiraf bahawa walaupun kami telah berusaha untuk menolong beribu-ribu orang awam yang telah diusir secara paksa dari bandar dan walaupun rakan-rakan sekerja kami di tempat kejadian amat berdedikasi, keberkesanan ICRC ke atas berlakunya tragedi tersebut amat terbatas sekali.” Ia telah sekali lagi pada tahun 2007 mengumumkan pendiriannya, kali ini untuk mengutuk “pencabulan hak asasi manusia yang dahsyat” oleh kerajaan tentera Burma termasuk buruh paksa, kebuluran dan pembunuhan lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
 
 
==Kematian==
 
Pada akhir Perang Dingin, kerja ICRC telah menjadi semakin merbahaya. Semasa dekad ke-1990-an, lebih ramai orang perwakilan telah kehilangan nyawa mereka daripada mana-mana detik dalam sejarah, terutamanya semasa bekerja dalam konflik bersenjata tempatan dan dalaman. Kejadian-kejadian ini sering menunjukkan sikap kurang hormat terhadap peraturan-peraturan Konvensyen Geneva serta lambang-lambang perlindungannya.
 
 
==Holocaust==
 
''Auschwitz juga melambangkan kegagalan terbesar dalam sejarah ICRC, diburukkan lagi kerana ICRC tidak cukup tegas dalam mengambil langkah untuk membantu mangsa-mangsa penganiayaan Nazi. Kegagalan ini akan sentiasa kekal dalam ingatan ICRC, bersama-sama dengan tindakan-tindakan berani perwakilan-perwakilan ICRC individu pada masa itu.''
 
 
==Peperangan Iraq==
 
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah melaporkan pada tarikh Mac 17, 2008 bahawa tiada pengurangan dalam krisis kemanusiaan di Iraq selepas permulaan peperangan tersebut dalam tahun 2003. Walaupun terdapat peningkatan terhad dalam keselamatan di sesetengah kawasan, keganasan bersenjata masih mempunyai kesan yang dahsyat. Orang-orang awam terus terkorban dalam persengketaan.
 
 
==Ciri-ciri==
 
Cogan kata asal Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah adalah Inter Arma Caritas (“Di Tengah-tengah Peperangan, Perbuatan Amal”). Ia telah mengekalkan cogan kata ini sementara pertubuhan-pertubuhan Palang Merah lain telah menerima pakai cogan kata lain. Oleh kerana kedudukan Geneva di bahagian Switzerland yang bertutur Perancis, ICRC juga dikenali dengan nama Perancisnya yang asal iaitu Comité international de la Croix-Rouge (CICR). Walaupun demikian, ICRC mempunyai empat bahasa rasmi (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol). Lambang rasmi ICRC adalah Palang Merah di atas latar belakang putih (bendera Switzerland yang tersongsang) dengan perkataan-perkataan "COMITE INTERNATIONAL GENEVE" mengelilingi palang.
 
 
==Misi==
 
ICRC telah merangka tujuh prinsip asas dalam tahun 1965 yang telah diterima pakai oleh keseluruhan Pergerakan Palang Merah. Mereka adalah kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan, kesukarelawan, perpaduan dan kesejagatan.
 
 
==Taraf Undang-undang==
 
Bertentangan dengan tanggapan ramai, ICRC bukan entiti berdaulat seperti Sovereign Military Order of Malta (Arahan Tentera Berdaulat Malta), dan juga bukan pertubuhan antarabangsa, sama ada jenis bukan kerajaan mahupun kerajaan. ICRC menghadkan keahliannya kepada warganegara Switzerland sahaja, dan juga tidak seperti banyak pertubuhan bukan kerajaan, ia tidak mempunyai dasar keahlian terbuka dan tidak terhad bagi individu-individu oleh kerana ahli-ahli barunya dipilih oleh Jawatankuasa sendiri. Walaupun demikian, sejak awal dekad 1990-an, ICRC menggaji orang dari seluruh dunia untuk berkhidmat di medan pertugasannya dan di Ibu Pejabatnya. Dalam tahun 2007, hampir separuh daripada kakitangan ICRC bukan warganegara Switzerland. ICRC mempunyai keistimewaan khas dan kekebalan undang-undang di banyak negara, berdasarkan atas undang-undang kebangsaan di negara-negara tersebut, berdasarkan atas perjanjian-perjanjian di antara ICRC dengan kerajaan-kerajaan masing-masing, atau, dalam sesetengah kes, berdasarkan atas jurisprudens antarabangsa (seperti hak perwakilan-perwakilan ICRC untuk tidak menjadi saksi di hadapan tribunal antarabangsa).
 
 
==Pembiayaan dan Hal-hal Kewangan==
 
Kebanyakan daripada pembiayaan ICRC datang daripada Switzerland and Amerika Syarikat, diikuti rapat oleh negara-negara Eropah yang lain dan Kesatuan Eropah. Bersama dengan Australia, Kanada, Jepun dan New Zealand, mereka menyumbang lebih kurang 80-85% daripada belanjawan ICRC. Kira-kira 3% datang daripada hadiah peribadi, dan yang selebihnya datang daripada persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah.
 
 
==Tanggungjawab di dalam Pergerakan==
 
ICRC bertanggungjawab untuk mengiktirafkan persatuan bantuan di sisi undang-undang sebagai persatuan kebangsaan rasmi Palang Merah atau Bulan Sabit Merah and justeru itu menerima masuk persatuan tersebut ke dalam Pergerakan. Peraturan-peraturan tepat bagi pengiktirafan ditakrifkan dalam statut-statut Pergerakan. Selepas pengiktirafan oleh ICRC, persatuan kebangsaan tersebut diterima masuk sebagai ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. ICRC dan Persekutuan tersebut bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan individu dalam misi-misi antarabangsanya, terutamanya dari segi sumber-sumber manusia, bahan dan kewangan dan menyelenggarakan logistik di lokasi. Menurut Perjanjian Seville 1997, ICRC adalah agensi peneraju Palang Merah di dalam konflik sementara organisasi-organisasi lain dalam Pergerakan menjadi peneraju di dalam situasi bukan konflik. Persatuan-persatuan kebangsaan akan menjadi peneraju terutamanya apabila konflik berlaku di dalam negara sendiri.
 
 
 
==Organisasi==
 
ICRC mempunyai ibu pejabatnya di Geneva dan mempunyai pejabat-pejabat luar di dalam 80 buah negara. Daripada 2,000 pekerja profesionalnya, kira-kira 800 orang bekerja di ibu pejabat di Geneva dan 1,200 orang ekspatriat merupakan pekerja lapangan. Lebih kurang separuh daripada pekerja-pekerja lapangan berkhidmat sebagai perwakilan yang menguruskan operasi-operasi ICRC di negara-negara berbeza sementara separuh lagi merupakan pakar-pakar seperti doktor, ahli agronomi, jurutera atau jurubahasa. Di dalam delegasi-delegasi, kakitangan antarabangsa dibantu oleh lebih kurang 13,000 pekerja kebangsaan, menjadikan jumlah kakitangan di bawah kuasa ICRC seramai kira-kira 15,000. Delegasi-delegasi juga sering bekerja rapat dengan Persatuan Kebangsaan Palang Merah di negara di mana mereka bertapak dan justeru itu dapat meminta bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan Palang Merah Kebangsaan untuk membantu dalam sesetengah operasi ICRC.
 
==References==
{{Reflist|colwidth=30em}}
28

suntingan