Perbezaan antara semakan "Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah"

tiada ringkasan suntingan
|}
 
'''Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah''' (ICRC) adalah institusi kemanusiaan persendirian yang bertapak di [[Geneva]], [[Switzerland]]. Negara-negara yang menandatangani keempat-empat [[Konvensyen Geneva]] bertahun 1949 dan juga Protokol-protokol Tambahan berkaitan tahun 1977 dan 2005, telah memberi mandat kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa serta dalam negeri. Mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam serta mangsa lain yang tidak turut berperang.
 
ICRC ialah sebahagian daripada Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah bersama dengan Persekutuan Antarabangsa dan 186 Persatuan Kebangsaan. Ianya adalah pertubuhan yang tertua dan paling dihormati di dalam Pergerakan tersebut dan juga merupakan salah satu daripada pertubuhan yang paling diiktiraf di dunia, setelah memenangi tiga Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1917, 1944 dan 1963.
28

suntingan