Perbezaan antara semakan "Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah"

tiada ringkasan suntingan
'''Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah''' (ICRC) adalah institusi kemanusiaan persendirian yang bertapak di [[Geneva]], [[Switzerland]]. Negara-negara yang menandatangani keempat-empat [[Konvensyen Geneva]] bertahun 1949 dan juga Protokol-protokol Tambahan berkaitan tahun 1977 dan 2005, telah memberi mandat kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa serta dalam negeri. Mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam serta mangsa lain yang tidak turut berperang.
 
ICRC ialah sebahagian daripada Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah bersama dengan Persekutuan Antarabangsa dan 186 Persatuan Kebangsaan. Ianya adalah pertubuhan yang tertua dan paling dihormati di dalam Pergerakan tersebut dan juga merupakan salah satu daripada pertubuhan yang paling diiktiraf di dunia, setelah memenangi tiga [[Hadiah Nobel Keamanan Nobel]] pada tahun 1917, 1944 dan 1963.
 
==Sejarah==
*Kerajaan kebangsaan negara berkaitan mestilah negara yang telah menandatangani Konvensyen Geneva.
 
Dalam tahun-tahun berikutan, persatuan-persatuan kebangsaan telah ditubuhkan di hampir semua negara di Eropah. Pada tahun 1876, jawatankuasa tersebut telah menerima pakai nama "International Committee of the Red Cross" (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) (ICRC). Lebih banyak negara telah menandatangani Konvensyen Geneva dan mula menghormatinya dalam amalan ketika konflik bersenjata. Dalam masa yang singkat sahaja, [[Palang Merah]] telah meraih momentum yang besar sebagai pergerakan yang dihormati antarabangsa, dan persatuan-persatuan kebangsaan telah menjadi semakin popular sebagai tempat untuk membuat kerja sukarela.
 
Apabila Hadiah Nobel Keamanan yang pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel Norway telah memilih untuk menganugerahkan hadiah tersebut secara bersama kepada Henry Dunant dan Frederic Passy, seorang pencinta damai antarabangsa yang unggul.
 
Pada tahun 1906, Konvensyen Geneva 1864 telah disemak semula bagi kali pertama. Setahun kemudian, Konvensyen Hague X, yang telah diterima pakai di Persidangan Damai Antarabangsa Kedua di Hague, telah melanjutkan bidang kuasa Konvensyen Geneva kepada peperangan laut. Sejurus sebelum bermulanya [[Perang Dunia Pertama]] pada tahun 1914, dan 50 tahun selepas penubuhan ICRC dan penerimapakaian Konvensyen Geneva pertama, sudah terdapat 45 buah persatuan bantuan kebangsaan di seluruh dunia. Pergerakan tersebut telah memperluaskan dirinya ke luar Eropah dan Amerika Utara ke Amerika Tengah dan Selatan, Asia dan Afrika.
 
===Perang Dunia I===
Setahun sebelum tamat peperangan, ICRC menerima Hadiah Nobel Keamanan 1917 untuk kerja masa peperangannya yang cemerlang. Ini merupakan satu-satunya Hadiah Nobel Keamanan yang dianugerahkan dalam tempoh masa dari tahun 1914 sehingga tahun 1918. Pada tahun 1923, Jawatankuasa tersebut telah mengubahkan dasarnya mengenai pemilihan ahli-ahli baru. Sehingga masa itu, hanya warganegara-warganegara dari kota Geneva yang layak berkhidmat dalam Jawatankuasa tersebut. Had ini telah diperluaskan supaya merangkumi warganegara-warganegara Switzerland. Sebagai akibat langsung daripada Perang Dunia I, protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva telah diterima pakai pada tahun 1925 yang mengharamkan penggunaan gas-gas penyesak nafas atau beracun dan agen-agen biologi sebagai senjata. Peristiwa-peristiwa Perang Dunia I dan aktiviti-aktiviti ICRC masing-masing telah meningkatkan reputasi dan kuasa Jawatankuasa tersebut dengan ketara di kalangan masyarakat antarabangsa dan juga telah membawa kepada perluasan kecekapannya.
 
Seawal tahun 1934, suatu rangka cadangan untuk konvensyen tambahan bagi perlindungan penduduk awam ketika konflik bersenjata telah diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa Palang Merah. Malangnya, kebanyakan kerajaan tidak berminat untuk melaksanakan konvensyen ini, dan justeru itu ianya dihalang daripada mula berkuatkuasa sebelum permulaan [[Perang Dunia IIKedua]].
 
===Perang Dunia II===
Bagi meraikan ulang tahunnya yang keseratus pada tahun 1963, ICRC, bersama-sama dengan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, menerima Hadiah Nobel Keamanannya yang ketiga. Sejak tahun 1993, individu-individu yang bukan warganegara Switzerland dibenarkan berkhidmat sebagai perwakilan Jawatankuasa di luar negara, suatu tugas yang sebelumnya dihadkan kepada warganegara-warganegara Switzerland sahaja. Sesungguhnya, sejak itu, peratusan kakitangan yang bukan warganegara Switzerland telah meningkat kepada lebih kurang 35%.
 
Pada tarikh Oktober 16, 1990, [[Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (PBB) memutuskan untuk memberi status pemerhati kepada ICRC bagi sesi-sesi perhimpunannya serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecilnya, yang merupakan status pemerhati yang pertama yang diberikan kepada pertubuhan swasta.
 
ICRC meneruskan kegiatan-kegiatannya di sepanjang dekad 1990-an. Ia telah memecahkan kesenyapan medianya yang lazim apabila ia mengecam Pembunuhan[[pembunuhan Kaumetnik di Rwanda]] pada tahun 1994. Ia berhempas pulas untuk menghalang jenayah-jenayah yang berlaku di dalam dan di sekitar Srebrenica pada tahun 1995 tetapi mengakui: “Kami perlu mengiktiraf bahawa walaupun kami telah berusaha untuk menolong beribu-ribu orang awam yang telah diusir secara paksa dari bandar dan walaupun rakan-rakan sekerja kami di tempat kejadian amat berdedikasi, keberkesanan ICRC ke atas berlakunya tragedi tersebut amat terbatas sekali.” Ia telah sekali lagi pada tahun 2007 mengumumkan pendiriannya, kali ini untuk mengutuk “pencabulan hak asasi manusia yang dahsyat” oleh kerajaan tentera Burma termasuk buruh paksa, kebuluran dan pembunuhan lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
 
==Kematian==
 
Pada akhir [[Perang Dingin]], kerja ICRC telah menjadi semakin merbahaya. Semasa dekad ke-1990-an, lebih ramai orang perwakilan telah kehilangan nyawa mereka daripada mana-mana detik dalam sejarah, terutamanya semasa bekerja dalam konflik bersenjata tempatan dan dalaman. Kejadian-kejadian ini sering menunjukkan sikap kurang hormat terhadap peraturan-peraturan Konvensyen Geneva serta lambang-lambang perlindungannya.
 
==HolocaustHolokos==
 
Dengan mengambil bahagian dalam upacara 1995 untuk memperingati pembebasan kem konsentrasi [[Auschwitz]], Presiden ICRC, Cornelio Sommaruga, berusaha untuk menunjukkan bahawa pertubuhan ini penuh insaf tentang betapa seriusnya Holocaust[[Holokos]] serta betapa pentingnya untuk megekalkan kenangannya, demi untuk mengelakkan keulangan peristiwa tersebut. Beliau memberi penghormatan kepada mereka yang telah menderita ataupun mengorbankan nyawa mereka semasa perang dan mengisytiharkan rasa kesal bagi kesilapan-kesilapan yang lalu serta kekurangan-kekurangan Palang Merah berkaitan dengan mangsa-mangsa kem konsentrasi.
 
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Januari 2005, iaitu ulang tahun ke-60 pembebasan Auschwitz, ICRC telah menyatakan:
==Ciri-ciri==
 
Cogan kata asal Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah adalah ''Inter Arma Caritas'' (“Di Tengah-tengah Peperangan, Perbuatan Amal”). Ia telah mengekalkan cogan kata ini sementara pertubuhan-pertubuhan Palang Merah lain telah menerima pakai cogan kata lain. Oleh kerana kedudukan Geneva di bahagian Switzerland yang bertutur Perancis, ICRC juga dikenali dengan nama Perancisnya yang asal iaitu Comité international de la Croix-Rouge (CICR). Walaupun demikian, ICRC mempunyai empat bahasa rasmi (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol). Lambang rasmi ICRC adalah Palang Merah di atas latar belakang putih (bendera Switzerland yang tersongsang) dengan perkataan-perkataan "COMITE INTERNATIONAL GENEVE" mengelilingi palang.
 
==Misi==
28

suntingan