Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Babyduck85 (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
Babyduck85 (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 36:
'''Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah''' (ICRC) adalah institusi kemanusiaan persendirian yang bertapak di [[Geneva]], [[Switzerland]]. Negara-negara yang menandatangani keempat-empat [[Konvensyen Geneva]] bertahun 1949 dan juga Protokol-protokol Tambahan berkaitan tahun 1977 dan 2005, telah memberi mandat kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa serta dalam negeri. Mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam serta mangsa lain yang tidak turut berperang. <ref>{{cite web |url=http://www.icrc.org/Web/eng/siteeng0.nsf/html/p0790 |title=Discover the ICRC |accessdate=2009-05-12 |year=2007}} p.6.</ref>
ICRC ialah sebahagian daripada Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah bersama dengan Persekutuan Antarabangsa dan 186 Persatuan Kebangsaan. <ref>http://www.ifrc.org/who/movement.asp?navid=03_08</ref> Ianya adalah pertubuhan yang tertua dan paling dihormati di dalam Pergerakan tersebut dan juga merupakan salah satu daripada pertubuhan yang paling diiktiraf di dunia, setelah memenangi tiga [[Hadiah Keamanan Nobel]] pada tahun 1917, 1944 dan 1963.<ref name="NobelFactsorg">{{cite web|url=http://nobelprize.org/nobel_prizes/lists/organizations.html|title=Nobel Laureates Facts – Organizations|publisher=[[Nobel Foundation]]|accessdate=2009-10-13}}</ref>
==Sejarah==
Baris 101:
Pada tarikh Oktober 16, 1990, [[Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (PBB) memutuskan untuk memberi status pemerhati kepada ICRC bagi sesi-sesi perhimpunannya serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecilnya, yang merupakan status pemerhati yang pertama yang diberikan kepada pertubuhan swasta.
ICRC meneruskan kegiatan-kegiatannya di sepanjang dekad 1990-an. Ia telah memecahkan kesenyapan medianya yang lazim apabila ia mengecam [[pembunuhan etnik di Rwanda]] pada tahun 1994. Ia berhempas pulas untuk menghalang jenayah-jenayah yang berlaku di dalam dan di sekitar Srebrenica pada tahun 1995 tetapi mengakui: “Kami perlu mengiktiraf bahawa walaupun kami telah berusaha untuk menolong beribu-ribu orang awam yang telah diusir secara paksa dari bandar dan walaupun rakan-rakan sekerja kami di tempat kejadian amat berdedikasi, keberkesanan ICRC ke atas berlakunya tragedi tersebut amat terbatas sekali.” <ref>Mégevand-Roggo, Béatrice. [http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/html/srebrenica-editorial-050705 Srebrenica – remembering the missing]</ref> Ia telah sekali lagi pada tahun 2007 mengumumkan pendiriannya, kali ini untuk mengutuk “pencabulan hak asasi manusia yang dahsyat” oleh kerajaan tentera Burma termasuk buruh paksa, kebuluran dan pembunuhan lelaki, perempuan dan kanak-kanak. <ref>"Red Cross Condemns Burman 'Abuses'" ''BBC News.'' 29 Jun 2007. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6252024.stm</ref>
==Kematian==
Baris 109:
==Holokos==
Dengan mengambil bahagian dalam upacara 1995 untuk memperingati pembebasan kem konsentrasi [[Auschwitz]], Presiden ICRC, Cornelio Sommaruga, berusaha untuk menunjukkan bahawa pertubuhan ini penuh insaf tentang betapa seriusnya [[Holokos]] serta betapa pentingnya untuk megekalkan kenangannya, demi untuk mengelakkan keulangan peristiwa tersebut. Beliau memberi penghormatan kepada mereka yang telah menderita ataupun mengorbankan nyawa mereka semasa perang dan mengisytiharkan rasa kesal bagi kesilapan-kesilapan yang lalu serta kekurangan-kekurangan Palang Merah berkaitan dengan mangsa-mangsa kem konsentrasi. <ref>{{cite web|url=http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/iwpList74/359CC4EF8A1E5C72C1256B66005B2171 |title=ICRC in WW II: the Holocaust |accessdate=2007-10-19 }}.</ref>
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Januari 2005, iaitu ulang tahun ke-60 pembebasan Auschwitz, ICRC telah menyatakan:
''Auschwitz juga melambangkan kegagalan terbesar dalam sejarah ICRC, diburukkan lagi kerana ICRC tidak cukup tegas dalam mengambil langkah untuk membantu mangsa-mangsa penganiayaan Nazi. Kegagalan ini akan sentiasa kekal dalam ingatan ICRC, bersama-sama dengan tindakan-tindakan berani perwakilan-perwakilan ICRC individu pada masa itu.'' <ref>{{cite web|url=http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/html/68zeb2?opendocument |title=Commemorating the liberation of Auschwitz |accessdate=2007-10-19 |last=ICRC: Official Statement |date=2005-01-27 }} {{Dead link|date=October 2010|bot=H3llBot}}.</ref></blockquote>
==Peperangan Iraq==
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah melaporkan pada tarikh Mac 17, 2008 bahawa tiada pengurangan dalam krisis kemanusiaan di Iraq selepas permulaan peperangan tersebut dalam tahun 2003. Walaupun terdapat peningkatan terhad dalam keselamatan di sesetengah kawasan, keganasan bersenjata masih mempunyai kesan yang dahsyat. Orang-orang awam terus terkorban dalam persengketaan. <ref>{{cite news|title=Reports: 'Disastrous' Iraqi humanitarian crisis|publisher=CNN|date=2008-03-17|url=http://edition.cnn.com/2008/WORLD/meast/03/17/iraq.humanitarian/index.html|accessdate=2008-03-17}}.</ref>
==Ciri-ciri==
Baris 125:
==Misi==
Kenyataan misi rasmi berkata “Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) adalah pertubuhan saksama, berkecuali, dan bebas dengan misi khusus kemanusiaan untuk menjaga nyawa dan maruah mangsa-mangsa peperangan serta keganasan dalaman dan untuk menyediakan bantuan kepada mereka.” Ia juga mengarah dan menyelaras bantuan antarabangsa dan berusaha untuk mempromosikan dan mengukuhkan undang-undang kemanusiaan serta prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat. <ref>ICRC. ''[http://www.icrc.org/HOME.NSF/060a34982cae624ec12566fe00326312/125ffe2d4c7f68acc1256ae300394f6e?OpenDocument The Mission.]''. 7 May 2006.</ref> Tugas-tugas asas Jawatankuasa tersebut, yang diperolehi daripada Konvensyen Geneva dan statut-statutnya sendiri, ([http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/iwpList130/E1B071F72AF9BAB4C1256B66005C48D6])adalah seperti berikut:
*untuk memantau pematuhan pihak-pihak yang berperang dengan Konvensyen Geneva
Baris 134:
*untuk bertindak sebagai pengantara berkecuali di antara pihak-pihak yang berperang
ICRC telah merangka tujuh prinsip asas dalam tahun 1965 yang telah diterima pakai oleh keseluruhan Pergerakan Palang Merah. <ref>David P Forsythe, ''The Humanitarians: The International Committee of the Red Cross'', (Cambridge, NY:Cambridge University Press, 2005), 161.</ref> Mereka adalah kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan, kesukarelawan, perpaduan dan kesejagatan. <ref>ICRC. 1 Jan 1995. [http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/htmlall/57jmft?opendocument The Fundamental Principles].</ref>
==Taraf Undang-undang==
Baris 146:
==Pembiayaan dan Hal-hal Kewangan==
Belanjawan tahun 2010 ICRC berjumlah kira-kira 1156 juta Swiss franc. <ref>ICRC. 1 Dec 2009 [http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/html/appeals-keydata-011209 Key Data for ICRC Emergency and Headquarters Appeals 2010].</ref> Semua bayaran kepada ICRC dibuat secara sukarela dan diterima sebagai derma berdasarkan dua jenis rayuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tersebut: Rayuan Ibu Pejabat tahunan untuk meliputi kos-kos dalaman dan Rayuan Kecemasan untuk misi-misi individu. Jumlah belanjawan bagi tahun 2009 terdiri daripada lebih kurang 996.9 juta Swiss Franc (85% daripada jumlah keseluruhan) untuk kerja lapangan dan 168.6 juta Swiss France (15%) bagi kos-kos dalaman. Dalam tahun 2009, belanjawan bagi kerja lapangan telah meningkat sebanyak 6.9% dan belanjawan dalaman sebanyak 4.4% berbanding dengan tahun 2008, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam jumlah dan skop misi-misi di Afrika yang melebihi purata.
Kebanyakan daripada pembiayaan ICRC datang daripada Switzerland and Amerika Syarikat, diikuti rapat oleh negara-negara Eropah yang lain dan Kesatuan Eropah. Bersama dengan Australia, Kanada, Jepun dan New Zealand, mereka menyumbang lebih kurang 80-85% daripada belanjawan ICRC. Kira-kira 3% datang daripada hadiah peribadi, dan yang selebihnya datang daripada persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah. <ref>Forsythe, ''The Humanitarians'', 233.</ref>
==Tanggungjawab di dalam Pergerakan==
|