Perbezaan antara semakan "Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah"

Bagi meraikan ulang tahunnya yang keseratus pada tahun 1963, ICRC, bersama-sama dengan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, menerima Hadiah Nobel Keamanannya yang ketiga. Sejak tahun 1993, individu-individu yang bukan warganegara Switzerland dibenarkan berkhidmat sebagai perwakilan Jawatankuasa di luar negara, suatu tugas yang sebelumnya dihadkan kepada warganegara-warganegara Switzerland sahaja. Sesungguhnya, sejak itu, peratusan kakitangan yang bukan warganegara Switzerland telah meningkat kepada lebih kurang 35%.
 
Pada tarikh Oktober 16, 1990, [[Perhimpunan Agung PersatuanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (PBB) memutuskan untuk memberi status pemerhati kepada ICRC bagi sesi-sesi perhimpunannya serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecilnya, yang merupakan status pemerhati yang pertama yang diberikan kepada pertubuhan swasta.
 
ICRC meneruskan kegiatan-kegiatannya di sepanjang dekad 1990-an. Ia telah memecahkan kesenyapan medianya yang lazim apabila ia mengecam [[pembunuhan etnik di Rwanda]] pada tahun 1994. Ia berhempas pulas untuk menghalang jenayah-jenayah yang berlaku di dalam dan di sekitar Srebrenica pada tahun 1995 tetapi mengakui: “Kami perlu mengiktiraf bahawa walaupun kami telah berusaha untuk menolong beribu-ribu orang awam yang telah diusir secara paksa dari bandar dan walaupun rakan-rakan sekerja kami di tempat kejadian amat berdedikasi, keberkesanan ICRC ke atas berlakunya tragedi tersebut amat terbatas sekali.” <ref>Mégevand-Roggo, Béatrice. [http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/html/srebrenica-editorial-050705 Srebrenica – remembering the missing]</ref> Ia telah sekali lagi pada tahun 2007 mengumumkan pendiriannya, kali ini untuk mengutuk “pencabulan hak asasi manusia yang dahsyat” oleh kerajaan tentera Burma termasuk buruh paksa, kebuluran dan pembunuhan lelaki, perempuan dan kanak-kanak. <ref>"Red Cross Condemns Burman 'Abuses'" ''BBC News.'' 29 Jun 2007. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6252024.stm</ref>
28

suntingan