Anak Halal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haji jamaluddin (bincang | sumb.)
Haji jamaluddin (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 29:
Pada hari dimana Erzan ingin memmulangkan dadah yang ada padanya, beliau telah ditembak mati oleh Jeff dan Lut. Putera bersama Shah mengejar mereka tetapi tidak berjaya apabila mereka mempunyai senjata api. Langkah drastik diambil oleh Putera setelah kematian Amira Atikah akibat najis dadah. Beliau membuat keputusan untuk memburu Tajul dan rakan atas kematian orang yang Putera sanyangi. Hasilnya, Jeff telah mati ditikam dan Putera menyerang mereka sehingga ke tempat tinggal Tajul. Hisyam yang telah bebas dari penjara dan masih meneruskan kegiatan gelapnya, menyuruh Tajul menghabiskan apa yang telah beliau mulakan. Tajul berjaya menangkap Putera tetapi mati ditembak Johanna. Selepas mencari petualang yang menyebabkan hidupnya huru-hara, beliau akhirnya terjumpa dengan ayahnya, Hisyam dan ibu angkatnya, Mariam. Pertemuan itu akhirnya membawa tragedi apabila Putera tertembak bapanya sendiri. Mereka melarikan diri setelah Lut membawa lebih ramai orang untuk memburu Putera dengan rakan-rakan. Putera, Mariam dan rakan-rakannya melarikan diri dan akhirnya mereka diberkas polis.
==Sambutan==
===Keseluruhan===
Keseluruhan filem ini boleh dikatakan menarik. Osman Ali berjaya menarik perhatian penonton dengan memaparkan kehidupan anak-anak jalanan yang membesar di lorong -lorong dengan begitu baik sekali. Dari segi lakonan, pujian harus diberikan kepada Maya Karin, yang berjaya merubah personaliti beliau untuk menjiwai watak Johanna. Lakonan Fauzi Nawawi boleh diberi pujian atas keberkesanan membawa watak jahat yang gila-gila, bersama Fizz Fairuz. Zulhuzaimy Marzuki berjaya membawa watak ketua orang jahat. Walaupun sedikit pergerakan dan kurang penampilan watak dalam filem ini. Kita boleh merasa kejahatan yang dibawa oleh watak beliau.
 
===Kutipan===
Filem ini mendapat kutipan yang memberangsangkan daripada penonton. Penonton berasa terhibur dengan persembahan mereka.
 
 
==Pautan Luar==