Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Babyduck85 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Babyduck85 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 157:
 
ICRC mempunyai ibu pejabatnya di Geneva dan mempunyai pejabat-pejabat luar di dalam 80 buah negara. Daripada 2,000 pekerja profesionalnya, kira-kira 800 orang bekerja di ibu pejabat di Geneva dan 1,200 orang ekspatriat merupakan pekerja lapangan. Lebih kurang separuh daripada pekerja-pekerja lapangan berkhidmat sebagai perwakilan yang menguruskan operasi-operasi ICRC di negara-negara berbeza sementara separuh lagi merupakan pakar-pakar seperti doktor, ahli agronomi, jurutera atau jurubahasa. Di dalam delegasi-delegasi, kakitangan antarabangsa dibantu oleh lebih kurang 13,000 pekerja kebangsaan, menjadikan jumlah kakitangan di bawah kuasa ICRC seramai kira-kira 15,000. Delegasi-delegasi juga sering bekerja rapat dengan Persatuan Kebangsaan Palang Merah di negara di mana mereka bertapak dan justeru itu dapat meminta bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan Palang Merah Kebangsaan untuk membantu dalam sesetengah operasi ICRC.
 
 
==ICRC di Malaysia==
Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan Asia Timur.
 
ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk Luar Negeri, Pendidikan, Pertahanan dan Dalam Negeri; Angkatan Tentera dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain pihak berkepentingan.
 
===Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia===
 
Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu pihak Angkatan Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007 sukatan pelajaran latihan Angkatan Tentera Laut telah mula merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara.
 
Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di Kem Terendak, Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihan-latihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.
 
 
===Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri===
 
ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan kerja dengan beberapa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan kepakaran ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan penahanan serta pengalaman lamanya dalam membantu pihak-pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang yang dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen berkenaan isu pendatang-pendatang haram dalam tahanan.
 
Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan Jabatan Pertahanan Awam, di mana sukarelawan-sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak balas jikalau terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC sedang menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat manusia jika terdapat kematian secara beramai-ramai demi membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang nasib orang yang tersayang.
 
ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan Hak Asasi Manusia. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat untuk lebih daripada 200 pegawai Malaysia yang sedang menunggu untuk dihantar ke misi Pengaman PBB ke Timor Timur, Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan polis di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej Polis di Cheras dan Pusat Latihan Polis di Ulu Kinta.
 
===Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa===
 
ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti UUKA serta memberi nasihat kepada Negara-negara mengenai langkah-langkah perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang model yang telah diterima-pakai oleh Negera-negara, termasuk Malaysia (contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2006). ICRC menyokong kerja Jawatankuasa Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93 Jawatankuasa Kebangsaan seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007, Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM) telah ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Hari ini, Jabatan Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa, di bawah Kementerian Luar Negeri, bertindak sebagai sekretariat JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta Bulan Sabit Merah Malaysia.
 
===Bekerjasama dengan Universiti-universiti===
 
Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar, ceramah, simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah moot bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usaha-usaha pihak-pihak berkuasa universiti untuk merangka sukatan pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan ke dalam kursus-kursus akademik berkaitan dengan undang-undang, sains politik dan hak asasi manusia.
 
===Perkongsian dengan Kementerian Pendidikan===
 
Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk mempromosikan persepaduan program pelajaran Penerokaan Undang-undang Kemanusiaan (PUUK) di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007 apabila bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan ke dalam sukatan pelajaran ‘Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan’, yang sedang diajar di seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15 tahun. Dianggap sebagai paling maju di Asia, kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut sebagai kajian kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana untuk bersama-sama menghasilkan program PUUK.
 
Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program tersebut kepada Kementerian Pendidikan dan Bulan Sabit Malaysia, yang merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada proses perundingan dan latihan demi menyokong pembangunan program PUUK dengan lebih lanjut lagi.
 
 
===Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan orang yang tersayang===
 
Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, ICRC dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia menyediakan perkhidmatan pengesanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang tersayang mereka setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik, bencana atau kejadian-kejadian lain.
 
ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan bahawa orang dalam tahanan di luar negara (termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus dengan keluarga-keluarga mereka melalui pertukaran Perutusan Palang Merah.
 
==References==