Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Babyduck85 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Babyduck85 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 161:
Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di [[Kuala Lumpur]] menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di [[Malaysia]], [[Singapura]], [[Brunei Darussalam]] dan [[Jepun]], serta Pusat Sumber Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di [[Asia Tenggara]] dan [[Asia Timur]].
 
ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan [[Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa]] (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk [[Kementerian Luar Negeri Malaysia]], [[Kementerian Pendidikan]], [[Kementerian Pertahanan]] dan [[Kementerian Dalam Negeri]]; [[Angkatan Tentera]] dan [[Polis]], [[Jabatan Peguam Negara]], serta lain-lain pihak berkepentingan.
 
===Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia===
Baris 175:
Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan [[Jabatan Pertahanan Awam Malaysia]], di mana sukarelawan-sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak balas jikalau terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC sedang menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat manusia jika terdapat kematian secara beramai-ramai demi membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang nasib orang yang tersayang.
 
ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi [[Polis Diraja Malaysia]] bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan [[Hakhak Asasiasasi Manusiamanusia]]. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat untuk lebih daripada 200 pegawai Malaysia yang sedang menunggu untuk dihantar ke misi [[Pengaman Malaysia ]] PBB ke [[Timor Timur]], [[Sudan]] dan [[Lubnan]]. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan polis di Ibu Pejabat PDRM di [[Bukit Aman]], Kuala Lumpur, Kolej Polis di [[Cheras]] dan Pusat Latihan Polis di [[Ulu Kinta]].
 
===Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa===