Monitor komputer: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 210.19.79.38 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh JAnDbot
Baris 14:
Paparan komputer peribadi yang terawal merupakan Monitor monokrom yang digunakan untuk [[pemproses kata]] dan sistem komputer berdasarkan teks pada dekad [[1970-an]]. Pada tahun [[1981]], [[IBM]] memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA). Sistem paparan ini berupaya memberikan empat warna, dan mempunyai peleraian maksimum 320 piksels datar dan 200 piksel tegak. Walaupun CGA mencukupi untuk kegunaan [[permainan komputer]] yang mudah seperti [[permainan solitaire]] dan [[permainan dam]], ia tidak mencukupi untuk pemprosesan kata, [[penerbitan atas meja]] ataupun penggunaan grafik yang canggih.
 
Pada tahun [[1984]], IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16 warna yang berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350. Ini memperbaiki kelihatannya berbanding paparan yang lebih awal, dan memungkinan pembacaan teks dengan mudah. Bagaimanapun, EGA tidak memberikan peleraian imej yang mencukupi untuk kegunaan-kegunaan tahap tinggi seperti reka bentuk grafik dan penerbitan atas meja. Mod ini kini sudah usang, walaupun ia kekadang masih boleh didapati di pemprosesan lama dan komputer peribadi di rumah kediaman Beliau.
 
Pada tahun [[1987]], IBM memperkenalkan sistem paparan Tatasusunan Grafik Video (VGA). Kini, ini telah merupakan piawai minimum yang dapat diterima untuk komputer peribadi. Peleraian maksimum tergantung kepada bilangan warna yang dipaparkan. Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.