Sepak raga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sazrol (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 7:
Pada zaman [[Kesultanan Melayu Melaka]], selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
 
Pada alaf ini, permainan sepak takraw adalah amat popular dan di kenali ramai, bukan sahaja di negara kita bahkan di negara-negara lain. Sepak takraw yang asalnya dikenali sebagai sepak raga lengkung atau kandang adalah permainan tradisi pusaka yang dimainkan oleh raja-raja melayu sejak sebelum tahun 1478 lagi. Asal-usul yang sebenarnya permainan ini tidak dapat diberikan kerana telah banyak sejarah termusnah akibat perang dunia kedua. Walaubagaimanapun ahli sejarah ada mengatakan bahawa pada masa pertabalan Sultan Melaka iaitu Sultan Alaudin Shah bersama rakan raja dari Sumatera, Raja Moluku dan Raja Telanai dari Terengganu telah bermain sukan ini di perkarangan istana Melaka.{{fact}} Dalam pertandingan itu, Raja Moluku berjaya mempersonakan penonton dengan menyepak dan menimbang bola sebanyak tiga kali sahaja sebelum bola dihantar kepada pemain lain yang dikehendaki mengikut syarat yang sama.{{fact}}
telah bermain sukan ini di perkarangan istana Melaka. Dalam pertandingan itu, Raja Moluku berjaya mempersonakan penonton dengan menyepak dan menimbang bola sebanyak tiga kali sahaja sebelum bola dihantar kepada pemain lain yang dikehendaki mengikut syarat yang sama.
 
Dengan berlalunya masa dan semakin meluas minat terhadap permainan ini diseluruh Malaya, maka pada akhir tahun 1945 satu peraturan baru lagi moden dengan menggunakan jaring telah diwujudkan oleh pemain-pemain di Pulau Pinang.{{fact}} Dengan terciptanya cara ini, maka tidak dinafikan lagi bahawa Pulau Pinanglah tempat asal bermulanya sepak raga menggunakan jaring yang kini dikenali sebagai sepak takraw.
 
Bagi mempamerkan buat pertama kalinya cara permainan yang baru ini,{{fact}} di atas usaha diantaranya En. Mohamed bin Abdul Rahman, [[En. Abdul Hamid Mydin]] dan En. Yacob Syed. Maka pada awal tahun 1946 satu permainan pertunjukkan diantara pasukan Jalan Hatin dan pasukan Patanai Road telah diadakan di Gelanggang Hospital Haiwan, Pulau Pinang dengan sambutan yang begitu meriah walaupun di anggap ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946 juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor Star, ke Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura.{{fact}}
walaupun di anggap ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946 juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor Star, ke Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura.
 
Di Singapura, sambutan terhadap permainan cara baru ini telah diperhebatkan lagi oleh Allahyarham Seniman Agong Tan Sri P Ramlee yang telah memperkenalkan dan memberi undang-undang atau peraturan yang diperolehinya sendiri dari negeri tanah tumpahnya iaitu Pulau Pinang. {{fact}}
 
Sejak perkembangan tersebut pasukan demi pasukan telah ditubuhkan dan pada 25 jun 1960 Persekutuan Sepak Raga Malaya telah dirasmikan di suatu persidangan yang dipelopori oleh Persatuan Sepak Raga Pulau Pinang. Persekutuan yang julung-julung kali di tubuhkan ini telah melantik Y. Bhg Tan Sri Khir Johari sebagai Yang Dipertua. Tindakan segera telah diambil oleh persekutuan tersebut ialah menggubal dan menyusun undang-undang sepak raga jaring yang ada pada masa itu oleh sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada wakil-wakil Setiausaha Agong PSM sekarang.