Perbezaan antara semakan "Takaful"

140 bait dibuang ,  9 tahun lalu
k
Membalikkan suntingan oleh 207.45.249.139 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
k (Membalikkan suntingan oleh 207.45.249.139 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri)
 
==Aplikasi==
Dalam [[perniagaan]] takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, [http://www.financialislam.com/takaful---islamic-insurance.html objektif] dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri [[Insurans|insurans konvensional]]. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan [[risiko]] yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
 
==Perbezaan takaful & insurans konvensional==
Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".
 
[http://www.financialislam.com/prohibition-of-riba-maysir-and-gharar.html Al-Gharar] ditakrifkan dalam ''Kitab Qalyubi wa Umairah'' menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".
 
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
65,394

suntingan