Pendidikan menengah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 7:
Di Amerika Syarikat, bergantung kepada daerah sekolah, pelajar-pelajar sekolah rendah atau "elementary school" boleh melanjutkan pelajaran samada di "middle school" atau "junior high school". "Middle school" adalah setaraf dengan [[pendidikan]] menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tiga. Manakala "Junior high school" terdiri dari pelajar-pelajar "grades 7-9" atau tingkatan empat hingga enam. Selepas itu, pelajar-pelajar pergi ke "high school" iaitu "grades 9-12" atau bersamaan dengan kursus matrikulasi di Malaysia.
 
Berbanding dengan Malaysia, negara ini tiada peperiksaan penilaian kebangsaan seperti SPM. Namun, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, pelajar perlu lulus dalam semua matapelajaran wajib dan mendapat GPA ([[Nilai Gred Kumulatif]]) yang baik bagi setiap penggal di "high school". Bagi setengah-setengah universiti pula, menghendaki pelajarnya untuk lulus ujian SAT atau "[[Scholastic Aptitude Test]]".