Tarian Zapin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Codeks (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 1834205 oleh 180.73.188.7 (Perbincangan)
Baris 1:
'''Tarian Zapin ''' (Jawi:'''زافين''') merupakan sejenis [[tarian rakyat]] [[tarian Melayu|Melayu]] tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan [[Arab]] dan dikatakan berasal dari [[Yaman]]. Tarian zapin Tariantelah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di [[Malaysia]], [[Brunei]], [[Singapura]] dan [[Indonesia]]. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
 
* [[Tarian Zapin Arab]]
Baris 5:
* [[Tarian Zapin Lenga]]
* [[Tarian Zapin Pekan]]
* [[Tarian Zapin Tenglu]]
 
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah [[gambus]], [[rebana]], [[gendang]], [[rebab]] dan [[marakas]]. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
 
== Tarian Zapin di Brunei ==
Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan '''"Jipin"'''. Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-
 
* [[Zapin Laila Sembah]] (Jipin Laila Sembah)<br />
* [[Zapin Tar]] (Jipin Tar)
 
Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana [[Sultan Sharif Ali]], sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas [[Nabi]].
 
Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah [[gambus]], [[rebana]], [[gendang tabur]] dan [[tar]].
 
==Asal tarian==
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari [[Hadramaut]], Yaman oleh para pedagang Arab pada awal [[abad ke-16]]. Pada masa itu negeri [[Johor]] menjadi pengganti kepada peranan [[Melaka]] sebagai sebuah [[entrepot]] antarabangsa pada kurun ke-16.
 
Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di [[Riau]], iaitu pusat pemerintahan Johor lama, [[Singapura]], wilayah [[Sarawak]], dan [[Brunei]] Darussalam.
 
==Pautan luar==
* http://www.johordt.gov.my/johordt/pelancongan/single.php?sub=4
* http://portal.unesco.org/culture/en/file_download.php/2a8362d26f374e8073746d097b85f80dhilarian.pdf
* http://jaksa.kym.edu.my/jaksa/zapin.html
* http://www.mpkj.gov.my/k_tarian.php
* http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=1332
* [http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article/22-persiapan-perkahwinan-pengantin/188-tarian-tradisional-kemeriahan-keindahan-majlis-perkahwinan Tarian Tradisional untuk Majlis Perkahwinan]
 
[[Kategori:Tarian Melayu|Zapin]]
[[Kategori:Kebudayaan di Johor|Zapin]]
 
[[id:Zapin]]
[[de:Zapin]]
[[en:Zapin]]
[[fr:Zapin]]