Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Tunku Abdullah mengahwini Tunku Zaharah Tunku Zakaria pada tahun 1946, Che Engku Ho Yuzin pada tahun 1959, Che Engku Khatijah pada tahun 1966, Che Engku Chesterina pada tahun 1973, Che Engku Maimunah pada tahun 1991 dan Che Engku Rozeeta pada tahun 1997. Perkahwinan baginda dikatakan perkahwinan muhibbah kerana mengahwini dua orang [[Melayu]], seorang [[Cina]], seorang Kaukasia, seorang [[Jepun]] dan seorang Eurasia. Ho Yuzin merupakan orang Cina manakala nama asal Che Khatijah ialah Kathryn Heather Barbara Martin, Chesterina Sim Zecha pula orang Eurasia dan nama Jepun Maimunah ialah Yuko Shima. Baginda mempunyai sembilan orang anak.
 
Tunku Abdullah menamatkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Glasgow dan mempunyai diploma dalam agrikultur dari Universiti Miyazaki di Jepun. Baginda pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 10 tahun sebelum baginda memasuki bidang politik sebagai ahli [[Parlimen]] [[Rawang]] dari [[1964]] hingga [[1974]].
 
==Politik dan pilihan raya==
Selepas menang [[Pilihan raya umum Malaysia 1964]] di Parlimen [[Rawang]] dari [[1964]] hingga [[1974]]. Beliau berusaha membawa balik Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] kembali ke dalam [[UMNO]] melalui UMNO [[Rawang]] pimpinannya.Jika tidak kerana Tunku Abdullah, tidak mungkin Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Pada 1969, Dr Mahathir Mohamad dipecat dari [[UMNO]] oleh [[Tunku Abdul Rahman]]kerana mengedarkan surat-surat yang memburuk-burukkan Tunku.
 
Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.