Perbezaan antara semakan "Awak Suka Saya Tak?"

tiada ringkasan suntingan
 
==Sinopsis==
''Awak Suka Saya Tak?'' ialah kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis [[Melayu]]. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah, mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali [[Islam]] lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
 
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba [[Allah]] yang penuh kesabaran dan kesopanan.
==Latar penciptaan novel==
"Awak Suka Saya Tak? (ASST) lahir dari kesedihan hati yang melampau melihat perpecahan, pergaduhan dan syak wasangka antara kaum, agama, bangsa, keluarga, jiran, suami isteri, ibu anak dan sebagainya. Tidak sedikit fitnah yang timbul kerana sebab-sebab ini.
 
Hilman dan Intan berdua akhirnya bersetuju dan mengikat janji bahagia untuk hidup bersama menanti hari untuk disatukan dan bergelar suami isteri. Sayang manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak menentukan segalanya. Sekali lagi Intan kehilangan Hilman pada saat hari bahagia mereka. Adakah mereka ada joho atau sebaliknya?
Hasrat novelis Melur Jelita adalah untuk menyatupadukan seluruh manusia di dunia dengan kasih sayang tanpa mengira siapa. Melur mengakui bahawa bunyinya macam hebat sangat dan mustahil impiannya ini tetapi baginya, lebih baik dia bermimpin dan mencuba merealisasikan hasrat itu dengan secebis coretan yang penuh belasahan.
 
==Latar penciptaan novel==
"Awak Suka Saya Tak? (ASST) lahir dari kesedihan hati yang melampau melihat perpecahan, pergaduhan dan syak wasangka antara kaum, agama, bangsa, keluarga, jiran, suami isteri, ibu anak dan sebagainya. Tidak sedikit fitnah yang timbul kerana sebab-sebab ini.
 
Hasrat novelis Melur Jelita adalah untuk menyatupadukan seluruh manusia di dunia dengan kasih sayang tanpa mengira siapa. Melur mengakui bahawa bunyinya macam hebat sangat dan mustahil impiannya ini tetapi baginya, lebih baik dia bermimpin dan mencuba merealisasikan hasrat itu dengan secebis coretan yang penuh belasahan. Tambah Melur, sekurang-kurangnya dia ada menyumbang sesuatu dan berusaha ke arah itu, walau sebaris ayat untuk melahirkan insan yang berkasih sayang antara satu sama lain.
 
==Sekeratan daripada novel==