Hospital Raja Perempuan Zainab II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Hospital Raja Perempuan Zainab II mula beroperasi pada tahun 1920-an. Ia mula beroperasi di pinggir Bandar [[Kota Bharu]] di mana kini merupakan bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu sekarang. Pada asalnya perkhidmatan perubatan ini asingkan antara wad bangunan Eropah dan wad bangunan rakyat tempatan. Perkhidmatan yang diberikan pada ketika itu ialah Perubatan dan Pembedahan dan kes-kes ini ditempatkan didalam satu wad dan ini termasuklah kes bersalin. Pada masa yang sama pembinaan bangunan hospital baru bermula dan siap pada tahun 1938.
 
Jumlah anggota yang berkhidmat pada ketika itu terdiri daripada dua orang doktor iaitu Dr. Gimlet sebagai Chief Medical Officer (Ketua Pegawai Perubatan) (CMO) dan dibantu oleh Dr. Mark Loi. Anggota sokongan terdiri daripada seorang Penyelia Hospital, 5 orang Dresser (Pembantu Pentadbiran,Pegawai Perubatan @ PPP), seorang Matron dan 4 orang Jururawat.
 
Pada tahun 1938 perpindahan dari hospital atap ke bangunan hospital baru (batu) bermula secara berperingkat-peringkat kecuali wad perempuan bersalin (sekarang Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Kota Bharu). Perpindahan selesai pada tahun 1950.