Perbezaan antara semakan "Argentina"

10 bait ditambah ,  17 tahun lalu
Pada awal abad ke-20 Argentina merupakan salah satu [[ekonomi]] termaju di dunia dan berada di tangga ke-10 negara paling kaya di dunia.
 
Selepas berakhirnya [[Perang Dunia kedua]], berlaku pula kebangkitan gerakan populis [[Perónisme]] satu gerakan yang diasaskan oleh [[Juan Perón]], pemimpin terkemuka di Argentina dan di Amerika Selatan pada abad ke-20. Beliau telah menyokong gerakan buruh di Argentina tetapi akhirnya telah mempolarisasikan negara itu. Pada tahun 1955, beliau diggulingkan oleh pihak [[tentera]]. Sejak itu, pihak ini telah mentadbir negara Argentina dan saling tukar menukar dengan [[kerajaan]] yang [[demokrasi|demokratik]]. [[Regim tentera]] yang paling zalim sekali telah memerintah Argentina antara tahun 1976 dan 1983. Regim tersebut kerap melanggar [[hak asasi manusia]] dan membunuh beribu-ribu orang yang dikenali sebagai "''[[desaparecidos]]''" (Sepanyol untuk “mereka yang lesap”)—dalam satu peristiwa yang dipanggil “dirty war” atau perang yang kotor. Pada awal tahun 80-an, rakyat semakin bosan dengan kerajaan kerana masalah ekonomi yang semakin meruncing, [[korupsi]] berleluasa dan tewas kepada United Kingdom dalam "[[Perang Falklands]]" (di Argentina dikenali sebagai Perang Malvinas iaitu nama Argentina untuk pulau tersebut) pada tahun 1982. Selepas pihak tentera jatuh pada 1983, Argentina telah berusaha untuk menjadi kerajaan demokratik tetapi terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi yang teruk.
 
== Politik ==
Pengguna awanama