Subang Jaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 39:
 
== Sejarah ==
Subang Jaya dibangunkan oleh '''Sime UEP Berhad''', bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia '''Sime Darby Berhad''' yang diketuai oleh Dato' Syed Abdul BAriBari Shahabudin. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang [[kelapa sawit]] bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina [[USJ]].
 
Pada 1997, Subang Jaya dianugerahkan status perbandarannya sendiri (''municipality''), yang mana Subang Jaya telah dipindahkan daripada pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ke [[Majlis Perbandaran Subang Jaya]] ('''MPSJ'''). MPSJ yang baru ditubuhkan, bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, [[Bandar Sunway]], [[Puchong]] dan tempat-tempat lain di daerah Petaling.Ia telah ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.