Injil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hamba Allah (bincang | sumb.)
k Membatalkan semakan 1820446 oleh 202.185.107.139 (Perbincangan): suntingan sebegini diundurkan dalam situasi lepas
Bennylin (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
:''Untuk kitab Injil yang digunakan oleh penganut Kristian sekarang, lihat [[Kitab BibleAlkitab]].''
 
'''Kitab Injil''' ([[bahasa Arab]]: إنجيل Injīl) merupakan salah satu daripada empat buah [[kitab]] [[Islam]]. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada [[Nabi Isa]] a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Isa a.s. Kitab Injil merupakan kesinambungan kitab-kitab Nabi Allah yang terdahulu iaitu [[Zabur]] dan [[Taurat]]. Kitab Injil kemudian diikuti dengan penurunan kitab suci yang terakhir iaitu [[Al-Qur'an]] kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.
Baris 12:
13. "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membantu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan kianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku kianat). Oleh itu, maaflah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya."
 
14."Dan di antara orang-orang yang berkata : Bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami (tuhan) juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari Kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan."
 
== Injil dalam Al-Qur'an ==