Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa''' disambut setiap tahun pada 17 Oktober di seluruh dunia. Diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (P...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 20:32, 17 Oktober 2011

Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa disambut setiap tahun pada 17 Oktober di seluruh dunia. Diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),[1] upacara peringatan yang pertama berlangsung di Paris, Perancis pada 1987 sewaktu 100,000 orang berkumpul di Human Rights and Liberties Plaza di Trocadéro untuk memperingati mangsa kemiskinan, kelaparan, keganasan dan ketakutan. Upacara itu diseru oleh Joseph Wresinski (1917-1988), pengasas gerakan antarabangsa Dunia Keempat ATD.

Teks yang terukir pada batu berbunyi seperti berikut:

Di mana-mana sahaja lelaki dan perempuan terpaksa hidup dalam kemiskinan berketerlaluan, hak asasi manusia dicabuli. Berkumpul bersama-sama untuk memastikan bahawa hak-hak ini dihormati merupakan tanggungjawab murni kita. - Joseph Wresinski (1917-1988) pengasas Dunia Keempat ATD