Perbezaan antara semakan "Fadzil Mohd Noor"

tiada ringkasan suntingan
(clean up, replaced: PAS-100px.jpg → PAS logo.svgmenggunakanAWB)
 
== Kehidupan awal ==
Beliau dilahirkan di [[Alor Setar]], [[Kedah]]. Beliau mendapat pendidikan awal di [[Sekolah Melayu Derga]],[[Derga]], [[Alor Setar]] dan [[Maktab Mahmud]] pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, [[Mesir]]<ref>[http://www.mediamonitors.net/abdrahmankoya4.html Death of PAS leader leaves party facing difficult decisions (by Abd Rahman Koya) - Media Monitors Network<!-- Bot generated title -->]</ref> tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.
 
Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di [[Maktab Mahmud]] dan kemudian sebagai pensyarah di [[Universiti Teknologi Malaysia]] (UTM).
 
Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976).
 
== Politik ==
Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya[[Pilihan Umumraya umum Malaysia 1978]] menentang Datuk [[Senu Abdul Rahman]] tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada [[30 Mac]] [[1989]] beliau dipilih sebagai Presiden [[PAS]] selepas pengunduran [[Yusuf Rawa|Tuan Guru Haji Yusof Rawa]].
 
Beliau merupakan ADUN [[Bukit Raya]] untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya[[Piliha Umumraya umum Malaysia 1999]], beliau berjaya mengalahkan Datuk [[Othman Abdul]] untuk menduduki kerusi Parlimen [[Pendang]], [[Kedah]] dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu [[Bukit Raya]]).
 
Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang<ref>{{cite web|publisher=Aliran Monthly|url=http://www.aliran.com/oldsite/ms/2002/0623.html|title=The Passing of Datuk Fadzil Noor, a Great Malaysian|accessdate=2008-01-23}}</ref> menggantikan [[Lim Kit Siang]] yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
 
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK ([[Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia]]) ([[Gerak]]). Gerak ditubuhkan oleh [[PAS]], [[DAP]] dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan [[Anwar Ibrahim|Datuk Seri Anwar Ibrahim]].
 
== Meninggal dunia ==
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada [[10 Jun]] [[2002]].<ref name=nytimes>{{cite news|publisher=The New York Times|url=http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9D07E7D91F3FF936A15755C0A9649C8B63|date=June 25, 2002|accessdate=2008-01-23|title= Fadzil Noor, a Malaysian Islamist, Dies at 65}}</ref> Sebelum itu beliau dimasukkan ke [[Hospital Kuala Terengganu]] kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada [[23 Jun]] 2002 di Unit Rawatan Rapi, [[Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia]] akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat [[Hercules]] dari [[Selangor]] ke [[Kedah]].<ref name=Ghazali>''[http://loyalty-1.blogspot.com/2010/06/mengenang-pemergian-almarhum-ustaz.html Mengenang Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor]'', 23 Jun 2010. Laman blog Prioritize Loyalty @ L1™ (Ghazali). Dicapai 26 Ogos 2019.</ref> <!--,semasa penerbangan beliau awan telah melindungi jenazah beliau sedangkan tempat lain panas terik. Kejadian ini disaksikan oleh krew-krew penerbangan dan juruterbang. Juruterbang tersebut terus memeluk agama Islam selepas kejadian itu (beliau beragama Hindu).{{fakta}}-->
 
Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di [[Madrasah Darul Ulum]], [[Pokok Sena]], Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20&nbsp;km.<ref name=Ghazali/>
 
== Kata-kata ==
16,835

suntingan