Perbezaan antara semakan "Fadzil Mohd Noor"

Beliau mula bertanding dalam [[Pilihan raya umum Malaysia 1978]] menentang Datuk [[Senu Abdul Rahman]] tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada [[30 Mac]] [[1989]] beliau dipilih sebagai Presiden [[PAS]] selepas pengunduran [[Yusuf Rawa|Tuan Guru Haji Yusof Rawa]].
 
Beliau merupakan ADUN [[Bukit Raya]] untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada [[PilihaPilihan raya umum Malaysia 1999]], beliau berjaya mengalahkan Datuk [[Othman Abdul]] untuk menduduki kerusi Parlimen [[Pendang]], [[Kedah]] dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu [[Bukit Raya]]).
 
Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang<ref>{{cite web|publisher=Aliran Monthly|url=http://www.aliran.com/oldsite/ms/2002/0623.html|title=The Passing of Datuk Fadzil Noor, a Great Malaysian|accessdate=2008-01-23}}</ref> menggantikan [[Lim Kit Siang]] yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
 
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK ([[Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia]]) ([[Gerak]]). Gerak ditubuhkan oleh [[PAS]], [[DAP]] dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan [[Anwar Ibrahim|Datuk Seri Anwar Ibrahim]].
 
==Menawan semula Kelantan dan Terengganu==
Hasil kerjasama PAS dengan Parti [[Semangat 46]] dan membentuk [[Angkatan Perpaduan Ummah]] pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeri [[Kelantan]] dan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada 1990 semenjak kalah teruk pada 1977.
 
Pada 1999, PAS menubuhkan [[Barisan Alternatif]] dan berjaya mendapatkan semula [[Terengganu]] yang terlepas pada 1964.
 
== Meninggal dunia ==
16,835

suntingan