Perbezaan antara semakan "Parmalim"

3 bait ditambah ,  14 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Parmalim''', adalah nama sebuah kepercayaan atau mungkin boleh dikatakan sebagai salah satu agama yang utama dianut di [[provinsi]] [[Sumatra Utara]]. Agama Parmalim adalah agama asli suku [[Batak]].
 
Agama ini merupakan sebuah kepercayaan 'Terhadap Tuhan Yang Maha Esa' yang tumbuh dan berkembang di [[Sumatera Utara]] sejak dahulukala. "Tuhan Debata Mulajadi Nabolon" adalah pencipta Manusiamanusia, Langitlangit, Bumibumi dan segala isi alam semesta yang disembah oleh "Umat Ugamo Malim" ("Parmalim").
 
Awalnya, Parmalim adalah gerakan spiritual untuk mempertahankan adat istiadat dan kepercayaan kuno yang terancam disebabkan agama baru yang dibawa oleh Belanda. Gerakan ini lalu menyebar ke tanah Batak menjadi gerakan politik atau 'Parhudamdam' yang menyatukan orang Batak menentang Belanda. Gerakan itu muncul sekitar tahun 1883 atau tujuh tahun sebelum kematian Si Singamangaraja[[Sisingamangaraja XII]], dengan pelopornya Guru Somalaing.
 
Nama Parmalim itu berasal dari dua perkataan, iaitu par dan malim. Par dalam bahasa Batak Toba merupakan awalan aktif yang berarti orang yang mengerjakan atau menganut sesuatu. Manakala Malim sendiri berasal dari kata bahasa masyarakat di pesisir pantai yang beragama Islam, baik Melayu ataupun Minangkabau, yang bererti penganut agama Islam.
113

suntingan