Perbezaan antara semakan "Iman"

76 bait dibuang ,  9 tahun lalu
Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diridlai Allah. [[Islam]] mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. [[Nabi]] ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.
 
Rasul dan nabi merupakan [[manusia]] biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. [[Nabi|Rasul]] pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul). Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan lima dari rasul tersebut adalah [[Ulul Azmi]] iaitu; [[Nabi Adam a.s.|Adam]], [[Nabi Idris a.s.|Idris]], [[Nabi Nuh a.s.|Nuh]], [[Nabi Luth a.s.|Luth]], [[Nabi Ibrahim a.s.|Ibrahim]], [[Nabi Musa a.s.|Musa]], [[Nabi Isa a.s.|Isa]] dan [[Nabi Muhammad s.a.w.|Muhammad]]. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
 
Muhammad SAW merupakan [[nabi]] dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.
319

suntingan