Rukun Iman: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
==Dalil Hadis tentang Rukun Iman==
Dari Umar ra., katanya, “Sewaktu kami sedang duduk dimajlis Rasulullah saw pada suatu hari, datanglah seseorang yang sangat putih pakaiannya, hitam pekat rambutnya, tidak nampak pada dirinya tanda-tanda baru datang dari jauh. Tidak seorang pun antara kami yang mengenali orang itu. Lelaki itu lalu duduk betul-betul didepan Nabi Muhammad, sehingga kedua-dua lutut lelaki itu bersentuhan dengan kedua-dua lutut Nabi. Kemudian lelaki itu meletakkan kedua-dua tapak tangannya diatas peha Nabi Muhammad, lalu bertanya, ‘Wahai Muhammad! terangkan kepada saya apakah itu Islam?’
Jawap Nabi Muhammad, ‘Islam adalah kamu mengakui tiada Tuhan lain melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, kamu bersolat, kamu membayar zakat, kamu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, dan kamu menunaikan haji apabila mampu’.
‘Betul’, kata lelaki itu.
Kami semua berasa hairan, kenapa pula beliau yang bertanya kemudian beliau pula yang menyatakan jawapan itu betul.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, apakah itu Iman?’
Jawap Nabi Muhammad, ‘Kamu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat-malaikatnya, percaya kepada kitab-kitab suci, percaya kepada para pesuruh Allah, percaya kepada hari Akhirat, dan kamu percaya kepada takdir Allah, sama ada yang baik mahupun yang buruk’.
‘Betul’, kata lelaki itu.
Jawap Nabi Muhammad, ‘Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu Nampak Dia, dan apabila kamu tidak Nampak Dia, kamu yakin Dia Nampak kamu’.
Kemudian lalaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, bilakah kiamat akan terjadi?.
Nabi Muhammad menjawap, ‘Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu’.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi, ‘Oleh itu, terangkan kepada saya tanda-tanda akan berlaku Kiamat.’
Jawap Nabi Muhammad, ‘Apabila perempuan-perempuan hamba melahirkan tuan mereka sendiri, apabila orang yang tidak berkasut, orang yang telanjang, orang miskin dan para penternak kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi.’
Selepas mendengar jawapan Nabi Muhammad, lelaki itupun pergi. Saya terdiam beberapa ketika sehingga Nabi Muhammad berkata, ‘Umar, tahukah saudara siapa lelaki itu tadi?’
Saya menjawab, ‘Allah dan pesuruhnya lebih tahu.’
Kata Nabi Muhammad, ‘Lelaki itu adalah malaikat Jibrail. Dia datang bagi menerangkan kepada saudara-saudara sekalian berkenaan agama saudara-saudara.’”
Hadis riwayat Muslim
== Lihat juga ==
|