Sivaji: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sylarius (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''''Sivaji''''' ({{lang-ta|சிவாஜி}}) adalah sebuah filem politik ngeri yang diarahkan oleh S. Shankar dan diterbitkan oleh [[AVM Productio...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:50, 24 Oktober 2011

Sivaji (Tamil: சிவாஜி) adalah sebuah filem politik ngeri yang diarahkan oleh S. Shankar dan diterbitkan oleh AVM Productions. Rajinikanth dan Shriya Saran menjadi teraju utama di dalam filem ini manakala Suman, Vivek dan Raghuvaran memainkan watak penting di dalam filem ini. Muzik latar dan runut bunyi filem ini dihasilkan oleh A. R. Rahman.

Filem ini berkisar tentang kisah hidup seorang arkitek sistem perisian, Sivaji, yang baru sahaja pulang ke kampung halamannya di India setelah puas merantau mencari rezeki di Amerika Syarikat. Sekembalinya, beliau berazam untuk membantu masyarakat kampung halamannya dengan memberikan pendidikan dan kesihatan percuma. Namun, pelbagai halangan terpaksa beliau tempuhi dalam mengecapi hasrat murni beliau. Halangan beliau yang utama adalah datangnya dari Adiseshan, antagonis utama filem ini.