Tekken: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Baris 38:
 
==Elemen==
Seperti permainan berlawan yang lain, pemain memilih watak dari sebuah barisan, dan bersemuka dalam pertempuran jarak dekat dengan lawan. ''Tekken'' berbeza dengan permainan pertempuran jarak dekat yang lain. Permainan berlawan yang asal selalunya dimainkan dengan butang yang sepadan dengan kekuatan serangan, seperti tumbukan kuat (''strong punch'') atau tendangan lemah (''weak kick''). Namun, ''Tekken'' menyesuaikan butang kepada setiap anggota badan pahlawan tersebut, membolehkan pemain mempelajari serangan istimewa dengan lebih senang.
 
Siri ''Tekken'' menggunakan butang yang berbeza untuk bahagian kanan dan kiri, menghasilkan empat butang. ''Trademark'' lain adalah seperti ''throw escape'' dan bermula dari ''[[Tekken 2]]'', auto-sekat (''autoblock''). ''Tekken 3'' memperkenalkan kebolehan untuk bergerak ke latar depan atau latar belakang, digelar sebagai "''sidestepping''." ''Tekken 3'' juga mengurangkan masa pemulihan selepas dijatuhkan berbanding daripada permainan sebelumnya dan setiap permainan selepas itu memasukkan gulingan (''roll'') untuk pulih serta merta selepas jatuh ke tanah, membolehkan pemain kembali berlawan dan bukannya menekan butang.
 
==Pautan luar==