London Underground: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hamba Allah (bincang | sumb.)
k kemas rujukan
Hamba Allah (bincang | sumb.)
Baris 218:
 
Underground menyediakan perkhidmatan kereta api terhadap 250 buah perhentian. 14 buah daripadanya terletak di luar kawasan Greater London dengan lima buah stesen ini (iaitu stesen Amersham, Chalfont & Latimer, Chesham, and Chorleywood dalam aliran Metropolitan serta Epping dalam aliran Central) terletak di luar ruang lingkup lebuhraya lingkaran London M25. Antara 32 buah wilayah perbandaran London, hanya enam buah wilayah yang tidak mempunyai jaringan perkhidmatan Underground iaitu Bexley, Bromley, Croydon, Kingston, Lewisham dan Sutton. Manakala dua buah stesen iaitu Old Street dan Manor House di wilayah Hackney berada berbetulan dengan sempadan wilayahnya.
 
== Pengendalian ==
 
=== Tiket dan tambang ===
[[File:Oystercard.jpg|thumb|right|250px|[[Kad Oyster]], kad pintar tanpa sentuh yang digunakan dalam sistem pengangkutan London]]
<!--[[File:Freedom Pass.jpg|thumb|right|250px|London Authorities' Freedom Pass (untuk OKU)]]-->
Dalam menetapkan tambang, TfL menggunakan zon [[Travelcard]]. Greater London dibahagikan kepada enam buah zon dengan Zon 1 terletak di tengah-tengah bandar London manakala Zon 6 terletak di pinggir London termasuklah [[Lapangan Terbang Heathrow]]. Terdapat juga Zon 7, 8 dan 9 iaitu stesen-stesen aliran Metropolitan yang terletak di luar Greater London.<ref>
{{Cite news |title= Numbered zones for stations |newspaper=[[Watford Observer]] |url= http://www.watfordobserver.co.uk/news/1855280.numbered_zones_for_stations/ |date =24 November 2007}}</ref> Terdapat kaunter tiket yang diselia oleh staf tetapi dibuka pada waktu yang telah ditetapkan, manakala mesin tiket dapat digunakan sepanjang waktu. Mesin tiket ini pula ada yang menerima syiling, wang kertas dan kad kredit; beberapa buah pula ada yang hanya menerima sama ada duit syiling atau kad kredit sahaja.
 
Pada tahun 2003, TfL memperkenalkan [[kad Oyster]] iaitu sekeping [[kad pintar]] dengan cip tanpa sentuh RFID yang boleh digunakan oleh para penumpang dengan hanya menambahkan wang dan membayar tambang perjalanan dengannya. Kad ini juga boleh dipadukan dengan Travelcard. Seperti Travelcard kertas, kad ini boleh digunakan dalam Underground, Overground, DLR dan perkhidmatan-perkhidmatan National Rail di dalam Greater London. Dalam usaha menggalakkan penumpang memilih kad Oyster daripada Travelcard kertas dan juga bayaran secara tunai, TfL telah menetapkan harga tambang yang lebih rendah sekiranya tambang dijelaskan melalui kad ini.<ref>{{cite web |url=http://www.tfl.gov.uk/assets/downloads/tickets/getting-around-with-oyster-january-2010.pdf |title=Getting around with Oyster |author=|date=January 2010 |publisher=Transport for London |accessdate=4 February 2011}}</ref>
 
==== Denda dan pengelakan membayar tambang====
Di samping pintu tiket automatik yang dikawal oleh staf, Underground juga dipantau oleh pegawai pemeriksaan tiket yang mengenakan uniform dan juga berpakaian preman dengan pembaca kad Oyster mudah alih. Penumpang tanpa tiket yang sah untuk perjalanannya dikenakan denda sebanyak £50 (atau £25 sekiranya dijelaskan dalam tempoh 21 hari) dan boleh didakwa kerana mengelak untuk menjelaskan tambang dalam Peraturan Akta Kereta Api 1899. Pesalah boleh dikenakan denda sebanyak £1,000 atau tiga bulan penjara. Manakala pengguna kad Oyster yang tidak menyentuh masuk ketika dalam perjalanan (atau tidak menyentuh keluar walaupun telah menyentuh masuk) akan ditolak sebanyak £6 (pada waktu puncak; £4.30 waktu luar puncak) daripada baki kad. Sekiranya pengguna Oyster tidak menyentuh masuk dan diperiksa oleh pegawai yang berkenaan turut dikehendaki membayar denda £50 (atau £25 sekiranya dijelaskan dalam tempoh 21 hari) dengan baki kad tidak ditolak.
 
== Rujukan ==