Luluh hawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rezuan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Rezuan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Luluhawa''' merupakan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan [[batuan (geologi)|batuan]] yang berlaku secara in-situ. Pemecahan atau penguraian batuan ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, mikroorganisma ke atas batuan sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit, dan sebagainya.
 
Luluhawa terbahagi kepada tiga jenis iaitu '''luluhawa kimia''', '''luluhawa fizikal''', dan '''luluhawa biologi'''. Luluhawa kimia banyak berlaku di kawasan tropika lembap dan dikenali juga sebagai luluhawa dalaman manakala luluhawa fizikal pula dominan di kawasan gurun panas dan kawasan artik, luluhawa ini dikenali juga sebagai luluhawa mekanikal. Luluhawa biologi pula berlaku akibat tindakan tumbuhan dan ia seringkali dominan di kawasan hutan tebal seperti di kawasan Hutan Hujan Tropika khususnya di kawasan [[Khatulistiwa]].
 
== Luluhawa Kimia atau Luluhawa Dalaman ==
Istilah luluhawa dalaman di kawasan tropika lembap disamaertikan dengan '''luluhawa kimia'''. Oleh sebab itu, takrifan luluhawa dalaman adalah sama dengan takrifan luluhawa kimia. Ia merujuk kepada semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertinak balas dengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder.
 
Dengan perkataan yang lebih mudah, ikatan antara mineral-mineral batuan akan terurai akibat tindak balas agen-agen luluhawa seperti air, asid, dan ion. Seterusnya batuan tersebut mengalami susutan, semakin mengecil dan menghasilkan bahan-bahan baru yang sama sekali berbeza dengan batuan asalnya seperti kejadian tanah laterit, tanah liat, dan lain-lain lagi.
 
Luluhawa dalaman atau luluhawa kimia amat berkesan di kawasan '''tropika lembap'''. Ini boleh dibuktikan melalui kewujudan lapisan regolit yang terhasil atau lebih ikenali sebagai zon terluluhawa. Zon terluluhawa dalaman adalah merujuk kepada ketebalan lapisan-lapisan batuan yang menerima kesan luluhawa kimia. Ia terdiri daripada lapisan tanah-tanah laterit, lapisan tanah liat atau profil-profil regolit yang dikira ari lapisan atas permukaan tanah. Misalnya lapisan regolit yang dikaji oleh Kajian oleh Berry dan Ruxton (1957) di Hong Kong, mendapati setebal 60 meter yang merupakan zon terluluhawa dalaman di kawasan batu granit.
 
{{stub}}