Luluh hawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rezuan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Rezuan (bincang | sumb.)
Baris 18:
'''Luluhawa biologi''' merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma, dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan batuan. Luluhawa biologikal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu '''tindakan tumbuhan''', '''tindakan organisma''', dan '''tindakan manusia'''.
 
=== Tindakan tumbuhan ===
Akar-akar pokok khususnya sistem akar runjang boleh menjalar ke dalam tanah dan memasuki rekahan batuan. Apabila akar ini membesar di dalam rekahan maka ia akan menekan dinding-dinding rekahan, melebar, dan memecahkannya. Tindakan ini seumpama tindakan bebaji akar. Pada masa yang sama rekahan yang dimasuki oleh akar tumbuhan turut mempercepatkan proses kemasukan air untuk luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.
 
=== Tindakan organisma ===
Tindakan haiwan yang menggali lubang seperti tikus, arnab, dan cacing tanah turut melemahkan struktur batuan yang membolehkan agen-agen luluhawa lain memasuki rekahan batuan untuk bertindak. Disamping itu mikroorganisma seperti lumut dan bakteria yang hidup di permukaan batu akan mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari dalam batu tersebut. Tindak balas asid organik seperti asid chelasi dengan mineral batuan akan mempercepatkan lagi penguraian batuan berkenaan.
{{stub}}
[[Kategori:Proses geologi]]