Krisis Suez: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 24:
[[Terusan Suez]] telah dibuka pada tahun 1869. Pembinaannya telah dibiayai oleh kerajaan Perancis dan Mesir.<ref>Suez 1956: Perang Minyak Pertama. Turner, Barry. m/s.21-4</ref> Secara teknikal, kawasan terusan terletak di dalam wilayah berdaulat Mesir, dan syarikat pengurusannya iaitu ''Universal Company of the Suez Maritime Canal'' ([[Syarikat Terusan Suez]]) adalah sebuah syarikat berkanun Mesir, yang pada asalnya adalah sebahagian [[Empayar Uthmaniyyah]].
 
Terusan ini mempunyai kepentingan strategik kepada BritishBritain, dan juga kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Bagi BritishBritain, terusan ini merupakan jaringan laut dengan tanah jajahannya di [[India]], [[Timur Jauh]], [[Australia]] dan [[New Zealand]]. Disebabkan kepentingan strategik terusan ini, begitu juga keadaan kawasan di sekitarnya. Oleh itu, pada tahun 1875, kerajaan Britain [[Benjamin Disraeli]] Britain telah membeli saham milik Mesir dalam syarikat pengurusan, memperolehi sebahagian kawalan terhadap operasi terusan dan mengongsinya dengan pelabur persendirian Perancis. Pada 1882, semasa serangan dan pendudukan ke atas Mesir, United Kingdom secara ''[[de facto]]'' telah mengawal harta benda, kewangan dan operasi terusaan.
 
[[Konvesyen Constantinople]] (1888) telah mengistiharkan terusan ini sebagai zon berkecuali di bawah perlindungan Britain.<ref name="SIS: Suez Canal">{{cite web|title=Suez Canal|url=http://www.sis.gov.eg/En/Land&people/50th/031700000000000002.htm|publisher=Egyptian State Information Service|accessmonthday=March 18 | accessyear=2007}}</ref> Bagi mengesahkannya, [[Empayar Uthmaniyyah]] telah bersetuju untuk membenarkan syarikat perkapalan antarabangsa bebas melalui terusan ini, pada masa perang dan aman.<ref name=Sachar>Howard M. Sachar. ''A History of Israel from the Rise of Zionism to Our Time''. Published by Alfred A. Knopf (New York). 1976. ISBN 0-394-28564-5.</ref>
 
Terusan Suez telah membuktikan kepentingan strategiknya semasa [[Perang Jepun-Rusia]] apabila Jepun membuat persetujuan dengan BritishBritain. Jepun telah melancarkan serangan mengejut ke atas Armada Pasifik Rusia yang berpangkalan di [[Lüshunkou|Pelabuhan Arthur]]. Apabila Rusia menghantar pasukan tambahan dari Baltik, Britain tidak membenarkan Rusia untuk menggunakan terusan ini. Ini memaksa armada Rusia mengelilingi benua Afrika, dan telah memberi masa kepada tentera Jepun untuk berkumpul semula dan memperkukuhkan kedudukan mereka di kawasan ini.
 
Kedudukan strategik terusan ini juga sangat ketara dalam kedua-dua perang dunia. Semasa [[Perang Dunia I]], Britain dan Perancis telah menutup terusan ini kepada kapal-kapal dari bukan negara Bersekutu, dan dalam [[Perang Dunia II]], terusan ini telah dipertahankan secara habis-habisan dalam [[Kempen Afrika Utara]].
 
Pada 1948, [[Mandat Palestin|pemerintahan Britain di Palestin]] telah tamat, angkatan tentera Britain berundur dari Palestin dan [[Pengistiharan Kemerdekaan (Israel)|Israel telah mengistiharkan kemerdekaan]] di kawasan yang dibahagikan oleh [[UNSCOP]] (Jawatankuasa Khas PBB ke atas Palestin) untuk negara Yahudi. [[Liga Arab]] telah mengistiharkan penolakan mereka dan enggan untuk mematuhi resolusi PBB terhadap penyelesaian dua negara berasingan, dan menyokong penyelesaian satu negara yang diketui oleh majoritymajoriti Arab, yang merangkumi kawasan Yahudi dan Arab. Ini telah membawa kepada [[Perang Arab-Israel 1948]] yang mana [[Israel]] telah berjaya mengalahkan negara-negara Arab, termasuk Mesir. Kegagalan rundingan damai selepas perang, bercampur dengan pertikaian sempadan di antara Israel dengan jirannya pada tahun-tahun berikutnya, telah membantu memupuk kebencian Arab-Israel.
 
Lihat ''[[Sejarah Israel]]'', ''[[Sejarah Mesir]]''.