Batu Gajah, Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sylarius (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sylarius (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
== Sejarah ==
{{rujukan}}
Kampung Sungai Terap diasaskan oleh [[Toh Panjang Bongkok]]. Oleh kerana ia adalah kampung pertama di kawasan Batu Gajah yang mempunyai masjid, ia menjadi kampung utama dan nama mukim Sungai Terap di ambil sempena nama kampung tersebut. Semasa pemerintahan [[Sultan Abdul Malik Mansur Shah]] (1806-1825), [[Dato' Panglima Kinta]] mengurniakan Toh Panjang Bongkok gelaran [[Sri Amar Diraja]] dan seterusnya hak untuk memungut cukai di Sungai Kinta. Sri Amar Diraja adalah gelaran diberikan bermula semenjak dari Tun Saban, namun semenjak dari kurun ke-19 ia adalah salah satu gelaran dari enam belas pembesar-pembesar negeri Perak.<ref>{{cite book |first= |last=R. O.Winstedt, W. E. Maxwell, R. J. Wilkinson |title=A history of Perak, |url=http://books.google.com/books/about/A_history_of_Perak.html?id=oABNcAAACAAJ |publisher=[[Perchetakan MAS Sdn Bhd]]}}|1974</ref>
 
Selepas Toh Panjang Bongkok, pembesar di Batu Gajah diteruskan oleh Toh Amar Diraja Pandak 'Akal (meninggal pada 1859) dan kemudiannya diteruskan pula oleh Toh Amar Diraja Naam. Berkemungkinan, catatan sejarah terawal diperolehi melalui catatan diari [[J.W.W. Birch]] yang memudiki Sungai Kinta pada 30 April 1875.
 
:''* kami tiba di Batugaja di tebing sebelah kiri sungai, sebuah kampung yang luas dan indah dengan tanahnya yang elok. Terdapat di antara 30 hingga 40 buah rumah dan sebuah kilang peleburan timah yang besar. Timah dikerjakan berdekatan sini pada sebelum ini, tetapi kini ianya semakin menganjak ke hulu dan semakin ke dalam. Ramai orang yang kebanyakannya orang awam turun ke sungai menaiki bot untuk pergi ke hulu sungai.''<ref>{{cite book |first=James Wheeler Woodford |last=Birch |title=The journals of J. W. W. Birch, first British resident to Perak, 1874-1875 |url=http://books.google.com/books?id=lgsKAQAAIAAJ&source=gbs_book_similarbooks |publisher=[[Oxford University Press]]}}|1976</ref>''
 
Birch, yang belayar ke mudik, ada menyatakan tentang tempat-tempat seperti Ayer Mati dan Batu Gajah di sebelah kiri, dan juga Sungai Terap dengan lebih kurang 30 buah rumah di sebelah kanan. Ke hulu lagi di sebelah kanan terdapat Sayung dan Lambung Kuda di mana di situlah Sri Amar Diraja mengumpul ufti pada timah yang diangkut melalui sungai. Selepas melepasi Sungai Jerneh, Birch sampai ke Pengkalan Kaca, tempat tinggal Sri Amar Diraja.