Perwakilan seimbang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 22:
Undi Pemindahan Tunggal atau Pengundian secara Keutamaan (Preference Voting) adalah satu sistem yang unik kerana disamping menggunakan sistem perwakilan seimbang ia juga membenarkan rakyat mengundi calon individu. Di dalam sistem ini , pengundi akan menyenaraikan calon-calon mengikut keutamaannya. "1" mewakili keutamaannya yang pertama, "2" kedua, dan seterusnya. Semua keutamaan pertama akan dikira dahulu. Sesiapa yang mencapai kuota yang ditetapkan akan dipilih sebagai wakil. Kuota ini adalah berdasarkan jumlah kerusi di Parlimen dan jumlah buangan undi. Bergantung kepada sistem yang digunakan, kawasan yang diwakilili tiga ahli parlimen, akan mempunyai kuota antara 25% dan 33% jumlah keseluruhan undi. Sekiranya tiada calon mencapai kuota dalam pengiraan pertama, calon yang menerima undian keutamaan pertama yang paling rendah akan disingkirkan. Kertas undiannya akan diambil dimana keutamaan keduanya pula akan dikira. Sesiapa yang mencapai kuota akan dianggap sebagai pemenang. Jika masih terdapat kerusi yang belum dipenuhi calon keutamaan terakhir akan disingkirkan dan kertas undiannya akan diberi kepada keutamaan sebelumnya. Proses ini akan berterusan sehingga semua kerusi di Parlimen dipenuhkan.
 
Antara ketiga-tiga sistem perwakilan seimbang, sistem inilah yang paling rumit dan hanya beberapa negara yang menggunakannya seperti [[Australia]], [[Ireland]] dan [[Malta]].