Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 11:
Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di [[Balikpapan]] menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah [[HMS Repulse]] untuk membatalkan pelayarannya ke [[Darwin]], Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui [[Teluk Siam]].
 
== 7 Disember 19411942 ==
Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada [[Pelabuhan Samah]] di Pulau [[Hainan]] pada [[4 Disember]] [[1941]]. Kapal tambahan yang membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat ''Lockheed Hudson'' yang diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, [[Kota Bharu]], dan Skuadron No.8 RAAF, [[Kuantan]], menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.