Kebudayaan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Malaysia ialah sebuah negara berbilang [[kaum]] yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan masyarakat terbesar dengan 54% daripada populasi Malaysia. Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan [[Buddha]], [[Taoisme]] atau [[Kristian]], berbahasa [[bahasa Mandarian|Mandarin]], [[bahasa Hokkien|Hokkien]], [[Hakka]], [[bahasa Kantonis|Kantonis]] atau [[Teochew]] dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama [[Hindu]], bertutur [[bahasa Tamil|Tamil]], [[bahasa Malayalam|Malayalam]], dan [[bahasa Hindi|Hindi]]. Selain itu, terdapat juga kaum [[Sikh]], [[Serani]] atau ''Eurasian'' dan kaum bumiputera lain. [[Bahasa Melayu]] ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi [[Bahasa Inggeris Malaysia]] digunakan secara meluas.
Budaya Malaysia merujuk kepada kebudayaan kesemua masyarakat majmuk yang terdapat di [[Malaysia]].
 
Kaum Bumiputera yang terbesar di [[Sarawak]] ialah [[Iban]] dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh (170,000) pula tinggal di barat daya Sarawak. [[Orang Asli]] (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup seperti [[nomad]], dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan [[etnik]] yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem [[ekonomi]] mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak [[kerajaan]] menawarkan peluang [[pelajaran]] yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti [[doktor]].
 
[[Muzik tradisional]] Malaysia banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada [[gendang]], [[seruling]], [[gong]] dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada [[Thailand|Thai]], [[India]], dan [[Portugis]]. Selain itu, ada juga [[wayang kulit]], [[silat]], dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
# Kebudayaan Melayu
 
# Kebudayaan Cina
Seperti rakyatnya, [[Makanan umum Malaysia|makanan]] di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti [[kuih]].
# Kebudayaan India
# kebudayaan kaum Iban
 
[[Kategori:Budaya Malaysia]]