Syeikh Muhammad Abduh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.6.4) (bot menambah: kk:Абдо Мұхаммед
Benni Indo (bincang | sumb.)
Baris 4:
== Riwayat hidup ==
=== Biodata ===
Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah (Bahasa Arab: محمد بن عبده بن حسن خير الله). Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama ''Abduh'' diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu ''abduhu wa rasuluh'' (Bahasa Arab: عبده ورسوله). Beliau dilahirkan pada tahun 18491845 Masihi bersamaan dengan 12651262 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, [[Mesir]].
 
Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke [[Perancis]] dan menerbitkan majalah ''al-Urwah al-Wuthqa'' (Bahasa Arab: العروة الوثقى) bersama gurunya, [[Sayid Jamaluddin al-Afghani]].