Perbezaan antara semakan "Perang Perancis-Prusia"

tiada ringkasan suntingan
k (r2.7.2) (bot mengubah: fr:Guerre franco-allemande de 1870; perubahan kosmetik)
'''Perang Perancis-PrusiaPrussia''' atau '''Perang Perancis-Jerman''', kadangkala dirujuk di [[Perancis]] sebagai '''Perang tahun 1870'''<ref>{{cite book |author=Bertrand Taithe |year=2001 |title=Citizenship and Wars: France in Turmoil 1056-1871 (Kerakyatan dan Peperangan: Perancis dalam huru-hara 1056-1871 |publisher=Routledge |language=Inggeris}}</ref> ([[19 Julai]] [[1870]] – [[10 Mei]] [[1871]]) ialah satu konflik di antara [[Empayar Perancis Kedua|Perancis]] dan [[Kerajaan PrusiaPrussia|PrusiaPrussia]], yang disokong oleh [[Gabungan Jerman Utara]], kerana PrusiaPrussia adalah salah satu anggotanya, dan negeri-negeri Jerman di selatan seperti [[Duci Besar Baden|Baden]], [[Sejarah Württemberg|Kerajaan Württemberg]] dan [[Kerajaan Bavaria|Bavaria]]. Kejayaan mutlak askar gabungan ini mengakhiri proses [[Penyatuan Jerman|penyatuan]] negeri-negeri [[Empayar Jerman|Jerman]] di bawah pemerintahan Raja [[William 1, Maharaja Jerman|William I dari PrusiaPrussia]]. Ia juga menandakan kejatuhan [[Napoleon III dari Perancis|Napoleon III]] dan menamatkan riwayat [[Empayar Perancis Kedua]], yang kemudiannya digantikan dengan [[Republik Perancis Ketiga]]. Melalui [[Perjanjian Frankfurt (1871)|penyelesaian perang]], yang dipersetujui kedua-dua pihak, hampir kesemua wilayah [[Alsace-Lorraine]] diambil alih oleh PrusiaPrussia menjadi sebahagian daripada Jerman, yang akan dipegangnya sehinggalah tamat [[Perang Dunia Pertama]].
 
Konflik ini terhasil setelah ketegangan di antara kedua-dua pihak berlangsung selama bertahun-tahun lamanya, yang memuncak akibat perbalahan mengenai calon dari [[Keluarga Hohenzollern]] sebagai pengganti kepada mahkota [[Sepanyol]], yang dikosongkan selepas [[Revolusi Gemilang (Sepanyol)|penggulingan]] [[Isabella II dari Sepanyol|Isabella II]] pada tahun 1868. Penyiaran kandungan [[Utusan Ems]] kepada orang awam, yang memainkan isu dakwaan penghinaan di antara duta Perancis dan Raja PrusiaPrussia, menaikkan kemarahan pandangan awam di kedua-dua pihak. Perancis bersiap sedia dan pada [[19 Julai]] mengisytiharkan perang ke atas PrusiaPrussia sahaja, tetapi negeri-negeri Jerman yang lain dengan pantas menyebelahi dan menyertai PrusiaPrussia.
 
[[Fail:PrussianGuns1870.png|thumb|200px|right|Meriam Prusia yang diperbuat daripada besi oleh [[Krupp]]. menjadi faktor penting yang menyumbang kepada kemenangan pihak Jerman.]]
 
Keunggulan angkatan tentera Prusia dan Jerman kemudiannya menjadi jelas, terutamanya kerana penggunaan cekap [[kereta api]]<ref name=vanCreveld> Dalam "''Supplying War: Logistics from Wallenstein to Patton'' (1977), Martin van Creveld menyatakan bahawa kepentingan penggunaan kereta api oleh Moltke telah diperbesar-besarkan:
<blockquote>Tiada sangkaan lagi bahawa pengepungan dan pembedilan ke atas Paris, yang melibatkan penumpuan ramai tenaga manusia dalam satu ruang yang agak kecil dan perbelanjaan besar bagi bekalan peluru meriam, dibuktikan telah berlaku, sepatutnya tidak boleh berlaku tanpa kereta api. Juga, pandangan bahawa penggunaan kereta api oleh pihak Jerman bagi mengerah tentera mereka sewaktu permulaan kempen sebagai karya agung dalam seni ketenteraan adalah cukup berasas, walaupun kita dapat lihat bahawa kejayaan ini hanya dicapai dengan mengganggu perkhidmatan kereta api sebelum perang ke atas Perancis tercetus. Di antara dua fasa perjuangan ini, walau bagaimanapun, kereta api nampaknya tidaklah memainkan peranan penting, mungkin kerana kesukaran dengan landasan itu sendiri dan juga kerana adalah mustahil untuk memastikan jarak yang munasabah di antara kepala kereta api dan tentera yang bergerak mara. Yang paling menakjubkan, walau bagaimanapun, ialah kenyataan bahawa semua ini tidak memberi kesan besar ke atas operasi, atau merisaukan Moltke...(ms. 96)<blockquote></ref> dan sebahagiannya kerana meriam besi buatan [[Krupp]] yang lebih hebat. Beberapa siri kemenangan pantas di pihak PrusiaPrussia dan sekutu-sekutu Jermannya di timur Perancis memuncak dengan [[Pertempuran Sedan]], yang menyaksikan Napoleon III dan seluruh angkatan tenteranya ditawan pada [[2 September]]. Namun, hal ini tidak menamatkan perang kerana Republik Ketiga diumumkan di [[Paris]] pada [[4 September]] [[1870]] dan penentangan orang-orang Perancis terus berlaku di bawah [[Pemerintahan Pertahanan Kebangsaan]] dan kemudiannya di bawah [[Adolphe Thiers]].
 
Kempen ini terus berlarutan selama lima bulan, yang menyaksikan tentera Jerman menewaskan tentera Perancis yang baru direkrut dalam beberapa siri pertempuran yang dilangsungkan merentas utara Perancis. Akibat [[Pengepungan Paris|kepungan yang berlanjutan]], Paris menyerah kalah pada [[28 Januari]] [[1871]]. Pengepungan itu juga terkenal kerana penggunaan meriam anti kapal terbang buat pertama kalinya, yang menembak jatuh belon udara panas yang digunakan oleh pihak Perancis sebagai utusan. 10 hari sebelum penyerahan kalah ini, negeri-negeri Jerman mengisytiharkan penyatuan mereka dalam [[Empayar Jerman]] di bawah Raja PrusiaPrussia, yang menggabungkan Jerman sebagai sebuah [[negara bangsa]]. [[Perjanjian Frankfurt (1871)|Perjanjian damai]] akhirnya ditandatangani di [[Frankfurt]] pada [[10 Mei]] [[1871]], sewaktu pemerintahan berdarah [[Komun Paris]].
 
== Nota ==
1

suntingan