Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
Kemaskini maklumat
Baris 4:
 
PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
 
==Isu pemberhentian pinjaman perbelanjaan==
Pada November 2011, media di Malaysia telah melaporkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah PTPTN telah membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan atau sara wang sara diri yang diberikan kepada pelajar yang memohon pinjaman pendidikan dari perbadanan ini diberhentikan pada tahun 2013. Tujuannya untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu. Cadangan itu telah mendapat perhatian dan isu sensasi bagi rakyat di negara Malaysia, lantaran dari salah faham tersebut, pihak PTPTN telah mejelaskan bahawa ia merupakan suatu cadangan yang masih belum dimuktamadkan dan ianya masih melalui proses rundingan yang panjang.
 
Lantaran dari cadangan pemberhentian pinjaman perbelanjaan itu, suatu makanisme baru telah dirancang oleh pihak PTPTN bagi membantu pengagihan sumbangan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Antara mekanisma gantian yang dicadangkan adalah (PTPTN) merancang penubuhan dana baharu hasil sumbangan sektor korporat dan individu untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang kurang berkemampuan.
 
Penubuhan dana itu adalah sebahagian daripada cadangan PTPTN untuk mengehadkan pembiayaan mereka kepada hanya menampung yuran pengajian dan bukan lagi turut melibatkan kos sara hidup pelajar mulai 2013.
 
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, cadangan penubuhan dana itu bersama pelan pembiayaan terhad sedang diperhalusi dan bakal dikemukakan kepada [[Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia]] dan seterusnya dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.
 
Ismail Mohammed Said berkata:
 
"Untuk menggalakkan sumbangan swasta, PTPTN akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pelepasan cukai kepada sektor korporat atau individu yang membantu,"
 
Tanpa mendedahkan saiz dana itu, Ismail berkata, sektor korporat boleh menyalurkan sumbangan melalui tiga kaedah iaitu menyalurkan secara terus kepada pelajar, institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau melalui PTPTN yang akan mengagihkannya kepada pelajar yang layak.
 
Walaubagaimanapun, jika cadangan itu tidak diterima oleh kerajaan, PTPTN hanya meneruskan sahaja dasar pinjaman yang sedia ada.
 
Dalam menghadapi spekulasi cadangan ini, [[Menteri Pengajian Tinggi Malaysia]], Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkeyakinan bahawa cadangan tersebut mampu menyulitkan kehidupan pelajar miskin, walaubagaimanapun pihaknya akan meneliti cadangan PTPTN itu kelak dengan mengambil kira keperluan pelajar daripada semua golongan.
 
Sehingga November 2011, seramai 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan sebanyak RM41.60 bilion.
 
Pada tahun 2011 pula dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 September 2011, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam berbanding pembayaran balik yang sepatutnya iaitu RM6.2 bilion.<ref>[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm Kosmo-Dana baharu untuk pelajar miskin]</ref>
 
==Rujukan==
<references/>
 
==Pautan luar==