Tidung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Asalnya Tanah Tidung yang dimaksudkan adalah mencakupi kawasan dari daerah Beluran di Sandakan seterusnya di kawasan Batu Tinagat di sebelah timur Tawau ( bersama masyarakat Suluk ) hingga ke Apas dan ke sebelah barat Tawau di Merotai dan Kalabakan dan bersambung hingga ke Kalimantan timur termasuklah Nunukan, Tarakan, Tanjung Selor ( bersama masyarakat Bulungan ), Sesayap, Sembakung sehinggalah sejauh ke daerah pedalaman di Melinau. Namun setelah zaman penjajahan, Tanah Tidung ini terpisah oleh pembahagian kawasan dan pentadbiran yang dilakukan Inggeris dan Belanda yang kemudiannya merdeka menjadi dua buah negara yang berasingan iaitu Malaysia dan Indonesia.
 
''( Nota : Masyarakat Tidung di Sabah ( khususnya di Kalabakan, Merotai, Sebatik, Apas danndan juga Beluran ) adalah masyarakat peribumi ( natives ) dan kedudukan ini diwartakan dalam '''Perlembagaan Negeri Sabah''' serta dilengkapkan dengan bukti kesahihan di Pameran Galeri Masyarakat Peribumi Sabah di '''Muzium Negeri Sabah''' . Mereka adalah penduduk asal di Sabah yang mendiami persisiran pantai timur dan tenggara Sabah dan Kalimantan Timur ( Borneo ) bersama masyarakat Sungai, Idahan, Bajau dan Suluk )
 
( Walaupun terdapat masyarakat Tidung serumpun di sebelah sempadan Indonesia yang juga berada tanah besar yang sama ( Borneo ) namun masyarakat Tidung di Indonesia ( Tanjung Selor, Melinau, Tarakan dan Nunukan namun masyarakat Tidung serumpun di Indonesia tidak suka berhijrah kerana mereka lebih selesa di kampung halaman dan di tanah kelahiran sendiri yang juga turut berkembang maju taraf ekonominya sama seperti di Malaysia. Seperti juga masyarakat Tidung yang terpisah kerana sempadan negara, masyarakat Brunei Malaysia di Papar, Kawang dan Bongawan juga terpisah dengan masyarakat Brunei serumpun di negara Brunei Darussalam. )
 
( Masyarakat Suluk di tanah besar Sabah ( Borneo ) dipisahkan dengan masyarakat Tausuq di Filipina ( Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi dan Basilan ) oleh sempadan negara walaupun jarak yang sangat dekat. Ini membuktikan masyarakat '''Tidung''' , masyarakat '''Brunei''' dan masyarakat '''Suluk''' di Sabah adalah '''masyarakat peribumi''' ( natives ) walaupun masyarakat ini terdapat di negara jiran kerana mereka semua berada di tanah yang sama namun dipisahkan oleh sempadan negara yang ditentukan ketika mencapai kemerdekaan daripada penjajah. )''
 
==Sejarah Masyarakat Tidung==