Tidung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 42:
Pemimpin pertama masyarakat Tidung yang diiktiraf di Kalabakan ialah '''Imam Salleh'''. Imam Salleh telah dilantik secara rasmi sebagai ketua masyarakat Melayu Islam Peribumi ( '''Native Chief''' ) di Kalabakan menggantikan abangnya Bujong Seripa yang meninggal dunia. Bujong Seripa sebelum itu telah lama menjadi pemimpin masyarakat di Kalabakan. Perlantikan Imam Salleh ini diiktirafkan Kerajaan British Borneo pada tahun '''1923'''. Beliau memegang jawatan tersebut hingga tahun '''1958''' iaitu sehingga akhir hayat beliau ketika berumur 123 tahun. ''( Rujuk : Buku ' Tawau The Making of a Tropical Community , tulisan Ken Goodlet , Opus Publication : 2009 )''
 
Manakala di Tawau pula imam pertama yang dilantik adalah dari keturunan Melayu Tidung ialah '''Imam Sabah'''. Ramai lagi pemimpin Melayu yang berketurunan Tidung seperti '''Haji Imam Awang''', Imam daerah sekitar tahun 1950an dan 1960an dan juga '''Imam Galundang''' , seorang pemimpin masyarakat di Kampung Tanjung Batu sekitar tahun 1950an hingga 1960an. '''Imam Mustapa''' iaitu imam dan pemimpin yang dilantik oleh Kerajaan British sebagai Ketua Masyarakat ( native chief ) di Tawau pada tahun 1925 ( sewaktu zaman penjajahan dahulu ) adalah dari keturunan Melayu Tidung. Begitu juga Penghulu dan '''Ketua Anak Negeri''' di Tawau sekitar tahun 1990an iaitu '''OKK Salleh Ajak''' juga adalah berasal dari keturunan Melayu Tidung.