Mahathir Mohamad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tamizi ts (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 37:
 
== Latar belakang ==
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya "Che Det" dilahirkan pada 20 Disember 1925, di [[Kedah]]. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang [[Malayalee Muslim]] (yang berasal dari [[Kerala]], [[India]]) dan ibunya berbangsa [[Melayu]]. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki Melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di [[Alor Setar]] iaitu di [[Kolej Sultan Abdul Hamid]]. Beliau adalah [[Perdana Menteri Malaysia]] yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
 
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.