Permainan video: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Baris 8:
 
==Sejarah==
 
Permainan-permainan yang lalu menggunakan peranti elektronik interaktif dengan pelbagai format paparan. Contoh terawal ialah pada tahun 1947—sebuah "Peranti Hiburan [[Tiub Sinar Katod]]" (''Cathode Ray Tube Amusement Device'') difailkan bagi mendapatkan paten pada 25 Januari 1947 oleh [[Thomas T. Goldsmith Jr.]] dan Estle Ray Mann, dan diisukan pada 14 Disember 1948 sebagai U.S. Patent 2455992.
 
Diilhamkan oleh teknologi paparan radar, ia terdiri daripada peranti analog yang membolehkan pengguna untuk mengawal sebuah dot lukisan vektor di atas skrin untuk mensimulasikan sebuah peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran, yang dilukis di atas skrin.
 
Contoh awal yang lain adalah termasuk:
* Komputer NIMROD di Festival of Britain
* [[OXO]], sebuah permainan komputer [[tic-tac-toe]] dicipta oleh Alexander S. Douglas untuk EDSAC pada tahun 1952
* [[Tennis for Two]], sebuah permainan interaktif direka oleh William Higinbotham pada tahun 1958
* [[Spacewar!]], karya pelajar-pelajar MIT iaitu Martin Graetz, Steve Russell dan Wayne Wiitanen pada sebuah komputer DEC PDP-1 pada tahun 1961
 
==Gambaran keseluruhan==