Perbezaan antara semakan "Istana Negara, Jalan Istana"

tiada ringkasan suntingan
[[Imej:Istana negara kl.jpg|thumb|right|180px|Perkarangan Istana Negara, [[Kuala Lumpur]]]]'''Istana Negara''' adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]] dan Seri Paduka Baginda [[Raja Permaisuri Agong]] sebelum [[Istana Negara, Jalan Duta]]. Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 28 ekar atau 11.34 hektar di tepi [[Bukit Petaling]] di [[Kuala Lumpur]] yang menghadap [[Sungai Klang]].
 
Bangunan ini pada asalnya sebuah banglo yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari [[China]], iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan [[Jepun]] dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri [[Selangor]] dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia [[Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah|Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah]], [[Sultan Selangor]] sehingga tahun 1957.
 
==Perpindahan==
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila [[Istana Negara, Jalan Duta]] dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan [[Tuanku Mizan Zainal Abidin]] merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.
 
Istiadat menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dilakukan pada jam 9 pagi bagi menyatakan secara rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana ini. Selepas seisi istana berpindah, pagar utama istana akan dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai kediaman rasmi Seri Paduka Baginda. <ref>[http://www.tv3.com.my/beritatv3/laporan_khas/Istana_Negara_Berpindah_Ke_Jalan_Duta_Esok.html TV3: Istana Negara Berpindah ke Jalan Duta]</ref>
47,889

suntingan