Krisis Perlembagaan Malaysia 1988: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alongayah (bincang | sumb.)
Baris 34:
 
==Penggantungan jawatan dan pemecatan Salleh Abas==
Pada tahun 1988, Salleh Abas dihadapkan ke [[timbang tara]] yang diadakan oleh Dr. Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri ketika itu, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh [[Hamid Omar|Tun Hamid Omar]]. Sebagai tindak balas terhadap timbang tara, Salleh Abas mengambil tindakan guaman dalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencabar perlembagaanan timbang tara itu. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau membuat permohonan untuk penggantungan sementara terhadap timbang tara sehingga [[4 Julai]] [[1988]]. Permohonannya ditolak.
 
Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung kemudian bersidang dan memberikan Salleh Abas [[perintah interlokutori]] terhadap timbang tara. Sebaik sahaja menerima perintah itu, peguam-peguam Salleh Abas pergi ke Parlimen untuk mengemukakan perintah interlokutori itu kepada pengerusi timbang tara. Bagaimanapun, pintu besar yang menuju ke bangunan [[Parlimen Malaysia|Parliamen]] telah dikunci dan wakil Salleh Abas terpaksa memanggil polis untuk menjamin laluan masuk ke Parlimen. Akhirnyanya, perintah interlokutori itu dikemukakan kepada pengerusi timbang tara.