Hadis Mutawatir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Loveless (bincang | sumb.)
Movses-bot (bincang | sumb.)
k Bot: Memformatkan ISBN
Baris 1:
'''Mutawatir''' ([[bahasa Arab|b. Arab]]: متواتر, mutawātir) ialah kata serapan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan daripada seorang ke seorang"<ref>''Kamus Dewan Edisi Keempat''. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN: 9836283390</ref>. Istilah ini digunakan dalam pengajian [[Ulum al-Quran]] dan [[Mustalah Hadith]]. '''Hadis Mutawatir''' ialah nas [[hadis]] yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat sekumpulan periwayat dengan jumlah yang besar melakukan dusta.
 
Hadis Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw, sebab hadis itu diriwayatkan oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. Contohnya, "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).