Perbezaan antara semakan "Jata Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
k (r2.6.4) (bot mengubah: en:Coat of Arms of Malaysia)
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri [[Pulau Pinang]] dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri [[Melaka]]. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari [[Negeri-negeri Selat]] dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna [[Pahang]]; merah dan kuning warna [[Selangor]]; hitam, putih dan kuning warna [[Perak]]; merah, hitam dan kuning warna [[Negeri Sembilan]]. Empat buah negeri ini ialah [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]] yang asal.
[[Fail:Malaysia_Coat_of_Arms_-_embossed.png|right|250px|thumb|Jata Negara Malaysia yang asal.]]
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri [[Sabah]] di sebelah kiri dan [[Sarawak]] di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan [[tulisan Rumi]] di sebelah kiri dan [[tulisan Jawi]] di sebelah kanan juga.
 
[[Warna]] kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Pengguna awanama