Shahnon Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Victor Pogadaev (bincang | sumb.)
Victor Pogadaev (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Dato' Haji Shahnon bin Ahmad''' (lahir [[1933]] di [[Sik]], [[Kedah]]) adalah seorang [[senarai penulis Malaysia|penulis]] [[Malaysia]], mendapat gelaran [[Sasterawan Negara]], serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun [[1982]]. Beliau juga merupakan seorang [[Profesor Emeritus]] di [[Universiti Sains Malaysia]], [[Pulau Pinang]].
 
Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel ''Shit @ PukiMak @ PM'' (1999), sebuah [[satira]] politik kontroversi<ref>Shahnon Ahmad. // Malayziya. Karmannaya Entsiklopedia (Malaysia. Ensiklopedia Saku). Penyusun V. A. Pogadaev. Moscow: "Muravei-Guide", 2000, hlm. 332-333</ref>. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan [[Barisan Nasional]] (BN), parti komponen utamanya, [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. [[Mahathir bin Mohamad]]. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.<ref>[http://www.pathfinder.com/asiaweek/99/0507/feat1.html "Shahnon Ahmad's satire outrages the Malaysian establishment"], ''Asiaweek''. Dicapai pada 26 Oktober 2007.</ref>
 
Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah ''Ranjau Sepanjang Jalan'' (1966)&mdash;yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil ''[[Rice People]]'' arahan pengarah filem Kemboja, [[Rithy Panh]], ''Rentong'' (1965), ''Srengenge'' (1973)&mdash;yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta ''Terdedah'' (1965).