Seekor Anjing Andalusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: fi, ja, ka, no, pl, pt, ru, sl, sr, sv, tr, zh mengubah: az, he
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Seekor Anjing Andalusia''' ([[bahasa Perancis]]: ''Un Chienchien andalou'') ialah judul sebuah [[filem bisu]] [[surrealis]] pendek arahan [[Luis Buñuel]] dan ditulis bersama dengan pelukis surrealis terkenal [[Salvador Dalí]]. Ia dibintangi Simone Mareuil dan Pierre Batchef; Buñuel dan Dalí turut kelihatan dalam adegan kameo yang ringkas tetapi nama mereka tidak tersenarai dalam kredit.
 
Sejak diterbitkan pada tahun [[1929]], filem ini telah mendapat pujian meluas dari pengkritik dan penggemar dunia filem. Sebagai sebuah filem [[surrealis]], ''Seekor Anjing Andalusia'' tidak ada jalan cerita atau plot yang lazimnya terdapat dalam filem-filem normal. Jangka masa dalam filem ini "melompat" dari "''pada suatu ketika''" ke "''lapan tahun kemudian''" ke "''pukul tiga pagi''" ke "''enam belas tahun dahulu''" ke "''pada musim panas''" tanpa mengikut logik rentetan babak yang dipaparkan. Tidak ada anjing yang dapat dilihat dalam filem ini, dan tidak ada apa-apa petanda yang menunjukkan filem ini bertempat di [[Andalusia]]. Buñuel sendiri pernah berkata bahawa filem ini "tidak bermaksud menggambarkan apa-apa idea atau penerangan yang rasional".
 
Filem ini juga sangat masyhur di kalangan penggiat filem kerana babak pembukanya yang sangat mengejutkan, walaupun sudah lebih lapan puluh tahun ia diterbitkan.
 
==Synopsis==
 
To be completed
Filem ini bermula "''pada suatu ketika''". Seorang lelaki separuh umur (Buñuel) mengasah pisau cukur di pintu anjung rumahnya lalu menguji ketajaman pisau itu dengan ibu jarinya. Dia keluar ke anjung sambil merenung bulan purnama di langit. Kamera memintas ke wajah seorang pemudi (Mareuil) yang duduk tenang dan bersahaja sambil lelaki itu menahan kelopak matanya. Menyusul pula adegan yang menjadi punca kemasyhuran filem ini: ketika bulan purnama di langit diselubungi sekepul awan yang nipis (seperti sebilah pisau cukur), lelaki itu menghiris mata pemudi itu dengan pisau cukurnya, lalu cecair mengalir keluar dari biji matanya yang baru dikelar.
 
Kad judul seterusnya mengumumkan "''lapan tahun kemudian...''". Seorang pemuda berbasikal sekitar pekan sambil memakai jubah [[biarawati]] dan membawa sebiji kotak misteri pada lehernya. Pemudi dalam adegan pertama sedang membaca sebuah buku di apartmennya, kemudian mencampak buku yang sedang dibaca apabila menyedari kedatangan pemuda itu. (Kita dapat melihat bahawa buku itu mengandungi satu lukisan karya [[Jan Vermeer]], seorang pelukis yang diminati Dalí.) Pemudi menjenguk ke luar tingkap dan melihat pemuda itu terjatuh dari basikal di depan apartmennya.
 
TBC
 
[[af:Un chien andalou]]